Ganja kekal sebagai dadah rekreasi kegemaran bagi mereka yang inginkan keseronakan sementara.

Tidak dianggap sebagai dadah yang merosakkan seperi dadah buatan, ganja bersembunyi di belakang penampilan "semulajadi" nya.

Namun, dadah daun ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang agak membimbangkan.

Walaupun ramai yang masih mempertahankan kebaikan yang dibawa olehnya, ganja tetap terus memberikan kesan buruk kepada manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 kisah kesan sampingan ganja yang dirungkai oleh kajian.

5. Persoalan tentang sperma

ganja dan sperma

Perbahasan tentang ganja masih ada sehingga kini berkenaan dengan kesihatan golongan lelaki. Ia terutamanya mengenai satu soalan yang sukar untuk diselesaikan, iaitu adakah menghisap ganja meningkatkan atau merendahkan jumlah sperma?

Pada tahun 2015, satu kajian di Denmark mendapati bahawa menghisap ganja lebih daripada sekali seminggu menurunkan jumlah sperma sebanyak 30%.

Satu kajian yang lebih baru dilakukan dengan menggunakan sukarelawan dari sebuah hospital di Massachusetts, Amerika Syarikat.

Sekitar 665 lelaki menerima penilaian kesuburan dari tahun 2000 hingga 2017.

Sebahagian daripada kajian ini memerlukan mereka menjawab satu set soalan yang mana satu bahagian daripadanya adalah mengenai dadah dan alkohol.

Hanya sekitar 55% mengakui untuk tidak pernah terlibat dengan sebarang dadah sepanjang hayat mereka, sementara 11% lagi menandakan kotak "sedang merokok".

Anehnya, sampel air mani mereka menghasilkan jumlah yang lebih tinggi daripada lelaki yang mengatakan mereka tidak pernah menyentuh dadah.

Perdebatan ini dilihatkan tidak akan menemui jalan penyelesaian dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, pengambilan ganja dengan jumlah yang rendah mungkin meningkatkan bilangan sperma dan pengambilan yang banyak menyebabkan penghasilan sperma yang rendah.

4. Toleransi terhadap kesakitan yang lebih rendah

toleransi rendah bagi pesakit hisap ganja

Di Colorado, doktor mendapati bahawa sesetengah pesakit trauma memerlukan dos ubat penahan sakit yang lebih tinggi.

Pemeriksaan lanjut mendedahkan bahawa ramai daripadanya adalah pengguna marijuana kerap.

Ini adalah perkara yang luar biasa. Pada masa lalu, ganja juga merupakan ubat untuk tahan sakit. Untuk mengetahui apa yang sedang berlaku, para penyelidik menganalisis kes-kes trauma dari Colorado dan Texas.

Mereka melibatkan 260 individu, yang mana semua adalah mangsa kemalangan kereta serius pada 2016. Sekitar 54 pesakit baru mula menghisap ganja dan 16 orang mengakui menghisap ganja setiap hari.

Dadah yang lain termasuklah kokain dan amphetamine juga muncul dalam kajian ini sebanyak 9%.

ganja dan masalah kesihatan

Mereka yang tak pernah menghisap ganja atau mana-mana dadah hanya memerlukan 5.6 miligram ubat tahan sakit manakala mereka yang pernah mengambil ganja memerlukan 7.6 miligram untuk meredakan kesakitan.

Satu lagi kajian berkenaan bagaimana pesakit yang mengalami kecederaan kebakaran menahan kesakitan.

Hasilnya adalah sama, penghisap ganja tegar memerlukan jumlah ubat tahan sakit yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak.

Implikasi ini bermakna pengguna dadah ganja memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih dan tinggal lebih lama di hospital.

3. Melemahkan kawalan otot

ganja melemahkan kawalan otot

Kebanyakan kajian tentang ganja memberikan tumpuan kepada kesan psikotropik dadah, termasuk emosi dan halusinasi yang diubah.

Pada tahun 2015, penyelidik Sepanyol tertanya-tanya tentang kesan sampingan lain, iaitu kemahiran motor yang terjejas.

Sesetengah pesakit sukar untuk menelan, bernafas, atau bercakap dengan betul. Untuk mengetahui mengapa, pasukan itu beralih kepada tikus dan sebatian ganja sintetik.

Idea ini adalah untuk melihat bagaimana sebatian psikoaktif mempengaruhi sel-sel saraf yang disebut sebagai neuron motor, yang kemudiannya bertanggungjawab untuk pergerakan otot.

Sel-sel saraf yang terlibat dalam kajian khusus ini terletak di kawasan lidah.

ganja

Neuron motor ini mengarahkan otot untuk menguncup ketika bercakap, menelan atau bernafas.

Ujian pada tikus menunjukkan bahawa bahan-bahan psikoaktif mengganggu komunikasi antara neuron, menjadikannya kurang aktif yang mengakibatkan kelemahan otot.

Ironinya, para penyelidik Sepanyol percaya ia adalah sebab mengapa pesakit dengan penyakit neurodegenerative (seperti multiple sclerosis) memberitahu bahawa mereka berasa lega ketika diberikan ganja.

Walaupun sebabnya tidak jelas sama sekali, ia berkemungkinan mempunyai kaitan dengan aktiviti neuron yang semakin melemah.

2. Masalah remaja dan tekanan

ganja menjadi manusia tertekan

Satu kajian antarabangsa mengumpulkan data mengenai orang dewasa yang tertekan di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil ganja, mereka menunjukkan peningkatan terhadap percubaan bunuh diri, kebimbangan dan kemurungan klinikal.

Selepas menghitung, statistik mendedahkan kebenaran tragis terhadap kehidupan pengguna ganja di kemudian hari mereka.

Penyelidik mengenal pasti lebih daripada 460,000 orang dewasa yang berjaya menghindari kemurungan adalah kerana mereka tidak pernah menghisap ganja ketika muda.

keburukan dan kesan ganja

Alasan utama mengapa remaja sangat terdedah terhadap perkara ini adalah hakikat bahawa otak mereka masih sedang berkembang.

Banyak reseptor berkembang dalam tempoh ini dan sangat sensitif terhadap perubahan. Kemurungan sebenar boleh mula membiak dari reseptor yang biasanya menghasilkan serotonin, tetapi "tercemar" oleh dadah terlarang ini.

1. Ganja mengecutkan otak

ganja mengecutkan otak

Pada tahun 2014, para penyelidik di Texas mengumpulkan 48 orang pengguna ganja dewasa.

Mereka digunakan dalah satu kajian khas untuk melihat apa yang boleh dikumpulkan daripada pengguna ganja jangka panjang.

Setiap orang mempunyai sejarah kronik dengan ganja dan telah menggunakannya sekurang-kurangnya tiga kali sehari selama 10 tahun.

Para sukarelawan melakukan cabaran kognitif sambil membuat imbasan terhadap otak mereka.  Secara purata, ujian tersebut menunjukkan IQ yang lebih rendah daripada mereka yang tidak mengambil ganja.

Malah, sebahagian daripada otak juga telah mengecut. Dikenali sebagai korteks orbitofrontal (OFC), rantau ini mengawal dalam membuat keputusan, meningkatkan hubungan saraf, dan ketagihan.

ganja mengecutkan otak 2

Ia juga merupakan pusat yang membuat seseorang berasa seronok apabila menerima ganjaran.

Oleh kerana ia adalah cara semula jadi untuk memotivasi orang untuk mengetahui apa yang menyeronokkan mereka, dan pengecutan OFC merupakan satu kesan yang buruk.

Apa yang menarik adalah, kajian ini mendapati bahawa otak cuba untuk mengimbangi kekurangan ini dengan meningkatkan hubungan antara kawasan lain.

Struktur integriti otak juga bertambah baik. Walau bagaimanapun, selepas kira-kira 6 tahun mengambil ganja, sambungan istimewa ini menurun semula.

Rujukan:

1. Livescience [1] [2]

2. Science Alert




Hakcipta iluminasi.com (2017)