Jenama Tag Heuer semamangnya terkenal sebagai pembuat jam tangan mewah bagi golongan berpendapatan tinggi. Pada 2015, meraka telah mengeluarkan jam tangan mewah pintar pertama mereka yang digelar Carrera Connected. Terbaru, mereka mengeluarkan jam tangan pintar terbaru yang lebih mahal yang diberi nama Connected Modular 45 hasil kerjasama dengan syarikat Goggle dan Intel.
Jam terbaru ini menggunakan konsep suai padan dimana para pembeli boleh memilih daripada pelbagai warna, tali dan juga modul dengan lebih kurang 500 kombinasi unik untuk jam mereka. Jam baru Tag Heuer ini bakal menggunakan sistem operasi Android Wear 2.0 dengan pelbagai fungsi menarik.
Selain itu, jam ini kelak bakal hadir dengan sokongan NFC dan kalis air sedalam 50m. Bagi penggemar jam tangan mewah dan peminat jam pintar, jam tangan terbaru Tag Heuer ini sudah pastinya sesuatu yang ditunggu-tunggu.
Kredit gambar: Techcrunch