Ramai di antara kita bergantung pada GPS (Sistem Penentududukan Global) untuk menganggarkan masa perjalanan, mencari jalan ke tempat baharu, mengelakkan kesesakan lalu lintas, menjejaki anak-anak dan secara amnya mengelak daripada tersesat.

Bagi yang biasa menggunakan aplikasi Google Maps untuk menavigasi ke sesuatu destinasi, GPS adalah "teknologi" di sebalik aplikasi. Menariknya, teknologi GPS boleh digunakan secara percuma. Selain GPS, terdapat 5 alternatif lain untuk GPS antaranya GLONASS, Galileo, BeiDou dll.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Baca lagi: Bagaimanakah Sistem GPS Berfungsi?

GPS telah menjadi teknologi penting selama beberapa dekad, tetapi ia mempunyai hadnya, terutamanya di kawasan bandar yang mana isyarat boleh menjadi tidak tepat kerana kewujudan banyak bangunan tinggi.

Satelit GPS menghantar signal kepada peranti penerima yang berkomunikasi dengan beberapa satelit sekaligus dan mengira kedudukannya sendiri dalam ruang 3D berdasarkan padanya, dengan ketepatan yang berpotensi sekecil beberapa sentimeter.

Tetapi itu dalam keadaan yang ideal, dan sudah tentu itu bukan cara dunia sebenar biasanya berfungsi. Bangunan dan halangan lain antara penerima dan satelit boleh mengganggu isyarat dan meluaskan ralat bacaan lokasi kepada beberapa meter.

Keperluan sistem GPS yang lebih tepat

tesla kemalangan

Memandangkan data lokasi menjadi lebih kritikal untuk teknologi masa depan seperti kenderaan autonomi pandu-sendiri, mencari cara untuk meningkatkan ketepatan lokasi adalah semakin penting.

Bayangkan anda menaiki kenderaan autonomi pandu sendiri namun lokasi yang digunakan oleh penerima signal GPS kenderaan tersebut kurang tepat, apakah yang akan terjadi? Sudah tentulah kemalangan boleh terjadi.

Maka, terdapat banyak permintaan untuk membangunkan satu sistem yang boleh memberikan kedudukan sesuatu lokasi dengan lebih tepat, dengan ralat hanya beberapa inci sahaja.

Penciptaan "SuperGPS"

supergps

Rangkaian navigasi GPS yang dibangunkan Amerika dan Galileo milik Eropah bergantung pada sistem satelit, yang selalunya disekat atau dipantulkan isyaratnya melalui proses yang dikenali sebagai "perambatan berbilang laluan" (multipath propagation).

Oleh itu, sekumpulan penyelidik dari Belanda di Universiti Teknologi Delft dan Vrije Universiteit Amsterdam telah membangunkan sistem alternatif yang berfungsi pada prinsip yang sama seperti GPS berasaskan satelit, tetapi berlaku sepenuhnya di atas tanah, menggunakan rangkaian telekomunikasi sedia ada.

Dikenali sebagai "SuperGPS", teknologi ini didakwa lebih tepat dengan ralat jarakk hanya dalam lingkungan 10 sentimeter (atau 3.9 inci) dan tidak bergantung pada sistem satelit navigasi. Pendekatan baharu menggunakan rangkaian yang serupa dengan rangkaian telefon mudah alih, tetapi bukannya menstrim data ke telefon tetapi mendapat pembetulan lokasi yang tepat pada peranti.

"Satelit" dalam kes ini ialah pemancar radio wayarless yang merentangi kawasan bandar. Daripada masing-masing mempunyai jam atom sendiri untuk mengekalkan masa, mereka semua dipautkan kepada satu jam atom melalui kabel gentian optik, yang memastikan ia sentiasa disegerakkan.

Kemudian ia berfungsi dengan cara yang sama seperti GPS konvensional, dengan peranti penerima menghantar kedudukannya dengan berkomunikasi dengan beberapa nod radio dan mengira masa yang diperlukan untuk isyarat melantun antara setiap satu.

Gabungan pemancar radio dan rangkaian gentian optik membentuk asas sistem, dengan beberapa perubahan pintar yang dilakukan. Dengan beberapa inovasi canggih, rangkaian telekomunikasi boleh diubah menjadi sistem penentududukan alternatif yang sangat tepat yang bebas daripada GPS.

Ketepatan lebih jitu

teknologi supergps

Salah satu objektif utama projek ini ialah kereta pandu sendiri, penguatkuasaan undang-undang dan pengguna aplikasi navigasi tidak perlu bergantung pada isyarat radio satelit yang ada kalanya tidak boleh dipercayai. Sistem penentududukan global semasa kerap bergelut dengan masalah penerimaan satelit semula jadi, terutamanya dalam kawasan bandar yang padat dengan bangunan tinggi.

Pasukan penyelidik ini mengatakan bahawa SuperGPS mengelakkan masalah bangunan yang memantulkan isyarat radio dengan menggunakan lebar jalur "maya" besar yang terdiri daripada beberapa bahagian lebar jalur yang lebih kecil. Ini menghasilkan isyarat yang serupa dengan yang digunakan oleh telefon bimbit, sambil membenarkan mereka mengabaikan gangguan daripada bangunan dan objek lain.

Dalam ujian prototaip sistem wayarless optik hibrid, pasukan penyelidik berkata SuperGPS dapat menjejak peranti dalam beberapa puluh sentimeter dalam persekitaran yang sibuk.

Sistem jenis ini tidak akan menggantikan GPS secara sepenuhnya, tetapi boleh berfungsi dengannya untuk penjejakan yang lebih tepat di kawasan bandar atau menyediakan sistem sandaran sekiranya berlaku gangguan. Pada masa ini, teknologi penjejakan tepat dicapai di kawasan bandar menggunakan Wi-Fi.

Selain kenderaan pandu sendiri, sistem SuperGPS ini boleh berguna dalam merancang rangkaian komunikasi kuantum dan rangkaian generasi akan datang untuk peranti mudah alih, menurut penyelidik yang membangunkannya.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)