Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi
Penyanyi Sufian Suhaimi berasa tertekan dengan tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan keputusannya untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda.
Bagaimanapun Sufian mengakui enggan mengambil pusing kritikan yang rata-ratanya hadir di laman sosial itu.
Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi
Saya tak rasa itu sebagai ujian bertunang tetapi ujian untuk buat benda baik. Kadang-kadang tertekan juga dengan komen netizen tetapi tidak apalah, tak semua manusia itu sempurna jadi kami tidak mahu ambil pusing akan hal itu. Mujur keluarga dan rakan-rakan menyokong keputusan saya untuk berkahwin awal dan mendoakan yang baik-baik untuk hubungan kami.
Sumber: Mstar
Sufian membuat kenyataan tersebut di majlis ulang tahun ke-10 rangkaian restoran makanan Korea, Seoul Garden di Melawati Mall, Ampang yang berlangsung Rabu lalu.
Sementara itu, penyanyi berusia 25 tahun itu percaya keputusan berkahwin tidak akan menjejaskan periuk nasinya dalam dunia hiburan.
Apatah lagi perkara yang bakal dilakukannya itu adalah sesuatu yang baik dan dituntut dalam agama.
Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi
Bukannya pelik berkahwin awal dan ramai sebenarnya menamatkan zaman bujang pada usia muda. Keputusan itu juga tidak akan membunuh karier nyanyian saya kerana itu semua rezeki daripada Tuhan. Sebagai anak seni saya akan terus berkarya kerana muzik itu misteri, kalau lagu yang dihasilkan bagus tentu orang suka.
Sumber: Mstar
Mengenai pertunangan yang bakal dilangsungkan dengan aktres Elfira Loy, Sufian mendedahkan majlis itu akan berlangsung di rumah keluarga sebelah pihak perempuan.
Namun tiada tarikh spesifik ditetapkan untuk perkahwinan meskipun dia berharap ianya akan berlangsung pada tahun hadapan.
Mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, penyanyi itu memberitahu dia telah muncul dengan sebuah single terbaru berjudul Terasa Ada ciptaan komposer Sirkhan.