Oleh pada 15 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Forum CARI (gambar hiasan) 

Mohd Ali Sihap, 62, Nazir Masjid Al-Qayyum, mewakili Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang meninjau surau di Armanda Putra, Perlabuhan Klang yang dikatakan dibina khas untuk warga Bangladesh yang mana juga digunakan untuk solat Jumaat .

“Tiada isu atau salah laku yang dibuat mereka untuk sembahyang di surau ini malah solat Jumaat mereka juga sah,” katanya.

Beliau membuat tinjaun selepas timbul keraguan orang ramai terutama penduduk di situ akan status sah solat Jumaat yang didirikan di surau itu.

Surau tersebut diimamkan oleh warga Bangladesh. Malah bilal dan ahli jawatankuasa surau juga terdiri dari warnganegara yang sama. Bahasa mereka juga turut digunakan dalam khutbah Jumaat.

Surau itu telah dibina pada tahun 2008 dan telah digunakan untuk solat Jumaat pada tahun 2013. Surau hanya dengan beratapkan zink tetapi dilengkapi penghawa dingin itu boleh memuatkan seramai 300 jemaah dibahagian dalam dan 100 jemaah dibahagian luar surau.

Tiada perkara yang meragukan semasa solat Jumaat berlangsung kata Mohd Ali selepas turut sama menunaikan solat Jumaat di situ.

“Walaupun berbeza mazhab yang mana kita mengamalkan Mazhab Shafie dan mereka pula Mazhab Hanafi, namun tiada masalah. Mereka sahabat Islam, jadi tiada isu.

“Mereka mendirikan solat Jumaat di surau ini berikutan masjid terletak jauh, apatah lagi mereka tidak mempunyai pengangkutan.

“Malah mereka dianggap berusaha untuk mendirikan solat Jumaat serta tidak mengabaikannya di samping ibadah lain,” katanya.

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang akan memantau surau tersebut secara berkala dan memberi tujuk ajar serta panduan kepada imam dan ahli surau yang lain kata Mohd Ali.

Jemaah surau itu terdiri dari lebih 90 peratus warga Bangladesh dan selebihnya adalah warga Pakistan, Indonesia dan Melayu.

Maulana Sirajul Islam Abu Hanif, 46, merupakan imam yang sudah Sembilan tahun bertugas di surau berkenaan.

“Saya dibayar upah dan elaun RM1,300 sebulan untuk menjalankan tugas di surau ini. Tidak banyak perbezaan solat Jumaat mengikut mazhab kami,” katanya.

Mohd Farouk Iswalisatar, 45, seorang pekerja kedai runcit warga Bangladesh merupakan ahli kariah yang sudah hampir 10 tahun menunaikan solat di surau itu.

“Surau ini dibina pada 2008 dan sejak empat tahun lalu, solat Jumaat diadakan di sini.

“Ia (surau ini) memudahkan kami, apatah lagi kami tidak mempunyai kenderaan seperti motosikal mahupun kereta untuk ke masjid yang terletak jauh,” katanya.

Mohd Rosli Abdullah, 65, seorang warga tempatan yang mana sudah hampir empat tahun menggunakan surau berkenaan. menurutnya tiada apa yang meragukan sepanjang solat di surau itu.

“Tempat kerja saya dengan surau ini dekat dan saya hanya berjalan saja ke sini. Untuk ke masjid, ia mengambil masa kerana terletak kira-kira 10 kilometer dari sini,” katanya.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)