Oleh pada 23 Nov 2018 kategori

panduan lengkap cara solat sunat gerhana bulan 1 542

Kredit foto: Dream

             

1. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

panduan lengkap cara solat sunat gerhana bulan 3

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah.

2. Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) boleh ditunaikan secara sendirian ataupun secara berjemaah sama ada di surau, masjid atau tempat-tempat biasa lain.

3. Hukumnya adalah sunat muakkad bagi muslimin dan muslimat.

4. Waktu bagi solat ini bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah fenomena tersebut berakhir.

5. Lafaz niat seperti berikut:

panduan lengkap cara solat sunat gerhana bulan 4

Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.

6. Didirikan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Namun sewaktu mengerjakannya, perlu membaca 4 Al-Fatihah , melakukan 4 Ruku’ dan 4 sujud dalam 2 rakaat itu.

panduan lengkap cara solat sunat gerhana bulan 2

Kredit foto: Nona

                

RAKAAT PERTAMA

  1. Takbiratul Ihram
  2. Membaca doa Iftitah
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)
  5. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
  6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  7. Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
  8. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
  9. Iktidal
  10. Sujud dan membaca tasbih
  11. Duduk antara dua sujud
  12. Sujud kembali
  13. Berdiri untuk rakaat kedua

             

RAKAAT KEDUA

  1. Membaca surah al-Fatihah
  2. Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
  3. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
  4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
  6. Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
  7. Iktidal
  8. Sujud dan membaca tasbih
  9. Duduk antara dua sujud
  10. Sujud kembali
  11. Membaca tasyahud akhir
  12. Memberi salam

             

7. Sunat untuk membaca 2 khutbah apabila berakhir solat sunat gerhana tersebut sepertimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

Rujukan:

1. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

2. Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis

3. Shafiqolbu

4. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

5. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan



Hakcipta iluminasi.com (2017)