Kredit foto: Instagram Farid Kamil

Aktor dan sutradara Datuk Farid Kamil bakal bersemuka pihak media, hari ini.

Undangan yang dihantar kepada rakan media itu menyatakan kesediaannya untuk mengulas isu-isu berkaitan dirinya.

Terdahulu, beliau direman dan disiasat atas empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan, menampar polis, penggunaan dadah dan mengganggu tugas penjawat awam.

Namun dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 pada 16 Januari lalu.

Kemudian bintang Tombiruo itu membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis telah memasukkan bahan terlarang dalam minumannya, selain diberi rokok yang disapukan minyak dipercayai dadah.

Beliau menganggap kejadian itu merupakan punca perilaku ganas dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, 11 Januari lalu.

Dalam pada itu, tiga rakan artis yang didakwa meletakkan dadah dalam minumannya adalah pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B era 1990an serta seorang pelakon.

Farid turut mempersoalkan foto penahanannya yang menjadi tular hingga sampai ke pihak media, selain kekerasan yang dilakukan pihak polis semasa beliau direman.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)