dah puas hati farid kamil tanya media

Kredit foto: Malay Mail Online

"Dah. Puas hati?"

Begitulah kata aktor dan pengarah, Datuk Farid Kamil kepada pihak media yang berebut merakam wajahnya sewaktu di Mahkamah Petaling Jaya pagi ini.

Farid mengenakan kemeja T berwarna kelabu sambil tangannya digari, sedang diiringi polis dan peguamnya, Athari Bahardin, ketika tiba di sana jam 10.40 pagi tadi.

Pelakon filem 7 Perhentian ini seterusnya dihantar ke bilik reman untuk prosiding.

Isterinya, Datin Diana Danielle terlebih dahulu berada di mahkamah pada jam 9.20 pagi untuk mengikuti prosiding Farid.

Sehingga kini, aktor itu sudah lima hari direman sejak Jumaat.

Beliau terlibat dalam kes serangan terhadap seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, 11 Januari lalu.

Sumber berita: Sinar Harian

tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)