sheila rusly dikritik jemput izreen di ketuk ketuk ramadhan

Kredit foto: Instagram.com/sheilarusly_jspictures

Keputusan pengarah dan pelakon, Sheila Rusly menjadikan Izreen Azminda sebagai selebriti jemputan di rancangan masakan yang begitu sinonim dengan bulan puasa, Ketuk-Ketuk Ramadhan menimbulkan keberangan dan kritikan netizen.

Bahagian komen di foto mereka sewaktu di set penggambaran rancangan itu telah dihujani dengan respon negatif dan rasa kurang senang netizen kepada Izreen.

Ternyata keberangan netizen kepada aktres jelita itu masih tidak berkesudahan biarpun dia kini telah menyahaktifkan Instagramnya buat sementara waktu sejak 2 Mac lepas.

Netizen menganggap keputusan Sheila menjadikan Izreen sebagai artis undangan rancangan itu sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Bahkan, rata-rata netizen berkata bakal sengaja melepaskan untuk menyaksikan episod berkenaan sebagai tanda protes.

sheila rusly dikritik jemput izreen di ketuk ketuk ramadhan

Sementara itu, Sheila berpeluang membalas beberapa komen yang beranggapan dia seakan-akan berada di pihak Izreen.

Sheila mempertikaikan sikap segelintir netizen yang bertindak serkap jarang sedangkan mereka tidak tahu soalan yang dikemukakan kepada Izreen. 

Sheila juga menegaskan supaya pengikutnya tidak cepat menghukum dirinya yang tiada kaitan dengan kontroversi terbabit.

Sumber berita:

1. myartis.com

2. mStar Online


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)