Oleh pada 22 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

"Insya-Allah, saya ada esok (malam ini). Jadi jangan lupa saksikan Konsert Final AF Megastar. Saya ada."

Demikian kata finalis akhir AF Megastar, Shahir Zawawi.

Kenyataan itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram AF Megastar semalam.

Ia sekalligus menjawab teka-teki tentang kemungkinan penyanyi itu bakal menarik diri daripada konsert akhir program berkenaan.

Bagaimanapun Shahir memaklumkan dia akan meneruskan persaingan yang bakal berlangsung malam ini.

Selain Shahir, empat lagi finalis yang berentap ialah Marsha, Bob, Syamel dan Idayu.

Terdahulu, penyanyi itu menimbulkan kekecohan apabila tampil dengan kiriman Instagram yang menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding di konsert kemuncak program itu.

Ia susulan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan seorang pramugari bernama Mona Syamimi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)