sembunyikan identiti ketika melayari internet 884

Anda pernah tak rasa paranoid semasa melayari internet? Rasa macam ada orang baca email anda, tahu aktiviti online anda ataupun melihat apa yang ada dalam komputer anda. Ataupun anda nak troll orang di media sosial tapi takut dia boleh tahu siapa anda sebenarnya?

Seorang hacker terkenal, Kevin Mitnick telah memberitahu cara mudah untuk melayari internet atau laman sesawang web dengan selamat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kevin mitnick

Sebelum ini, ramai orang menyarankan penggunaan browser Tor untuk menyembunyikan identiti daripada pihak-pihak tertentu. Banyak agensi kerajaan dan wartawan yang menggunakan pelayar web Tor ini kerana ingin menjaga rahsia dan maklumat sulit.

perniagaan dadah online oleh ross ulbricht

Namun selepas kes penangkapan Ross Ulbricht, seorang taikun dadah yang menjalankan kegiatan perdagangan dadah secara online, Kevin tahu seorang individu yang menggunakan Tor masih terdedah identitinya, boleh diserang oleh hacker black hat dan belum 100% selamat untuk digunakan.

Menurut Kevin, cara yang terbaik adalah dengan memuatturun plugin "Https Everywhere." Anda boleh dapatkan plugin tambahan itu di sini bagi pengguna Google Chrome dan Mozilla Firefox.

Jangan cuba-cuba nak buat kerja jahat pula! Nanti melingkup seumur hidup dalam penjara macam Ross Ulbricht tu baru tau.




Hakcipta iluminasi.com (2017)