Oleh pada 02 Feb 2018 kategori

Perkahwinan merupakan detik paling bersejarah dalam kehidupan seseorang yang pasti akan dikenang sepanjang hayat. Mungkin ada yang lebih gemar ianya diadakan secara sederhana bersama kawan rapat dan keluarga. Tidak kurang juga ada yang melangsungkan majlis serba mewah. Jom lihat senarai majlis perkahwinan berprofil tinggi termahal di dunia.

5. Kim Kardashian dan Kanye West ($20-30 juta)

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kredit foto: E News

Selebriti dan sosialit Kim Kardashian telah berkahwin dengan Kanye West pada tahun 2014. Majlis perkahwinan itu mempunyai ukiran nama para tetamu yang hadir di atas meja marmar yang disediakan.

Pada asalnya, mereka mahu perkahwinan itu dilangsungkan di Istana Versailles. Malangnya, mereka tidak mendapat kebenaran dan hanya berpeluang mengadakan sebuah pesta di sana pada malam sebelum majlis resepsi.

Pertukaran sumpah dibuat di hadapan latar belakang dinding yang dipenuhi dengan bunga bernilai $75,000. Kim memakai gaun Givenchy yang ditempah khas.

Kedua-dua mempelai diraikan di Itali dan Perancis sepanjang hujung minggu. Kos keseluruhan majlis itu termasuk penginapan dan pengangkutan adalah sekitar $20 hingga $30 juta.

4. Putera William dan Kate Middleton ($34 juta)

putera william dan kate middleton

Mengikuti jejak langkah ibubapanya, majlis perkahwinan Putera William mendapat publisiti meluas dan sangat dinanti-nantikan seluruh dunia. Putera William berkahwin dengan Kate Middleton pada tahun 2011.

Perkahwinan gilang-gemilang itu menyaksikan kehadiran seramai 1,900 orang pada majlis utama, 600 orang pada majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh ratu, dan 300 orang untuk majlis makan malam yang dianjurkan oleh Putera Wales.

Bunga-bungaannya sahaja menelan kos $800,000. Gaun yang dipakai Kate pula bernilai $434,000. Kedua-dua kek yang digunakan dianggarkan berharga $80,000. Jumlah keseluruhan perbelanjaan ialah $34 juta.

Pakaian tentera yang dipakai oleh Putera William dan Putera Harry adalah kalis peluh untuk memastikan mereka sejuk sepanjang upacara itu. Namun, solekan Kate dikhabarkan dilakukannya sendiri.

Majlis yang diadakan di Westminster Abbey itu turut menjemput penyanyi Ellie Goulding menyanyikan lagu "Your Song".

3. Vanisha Mittal dan Amit Bhatia ($66 juta)

vanisha mittal dan amit bhatia

Vanisha Mittal, anak perempuan kepada hartawan besi, Lakshmi Mittal, telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Amit Bhatia pada tahun 2004. Majlis perkahwinan itu diadakan di Chateau Veaux le Vicomte abad ke-17 yang bersejarah berdekatan Paris. Upacara pertunangan sebelum itu berlangsung di Istana Versailles.

Para tetamu menerima kad undangan sepanjang 20 muka surat yang diletakkan di dalam sebuah kotak perak. Mereka diterbangkan dari seluruh dunia ke lokasi tersebut. Acara perkahwinan itu juga dimeriahkan dengan persembahan dari para selebriti terkenal Bollywood. 

Penyanyi dan pelakon antarabangsa, Kylie Minogue dibayar $330,000 untuk membuat persembahan selama hanya setengah jam. Malam terakhir perkahwinan itu dihiasi pertunjukan bunga api di atas Menara Eiffel.

2. Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan Puteri Salama ($100 juta)

sheikh mohammed bin zayed al nahyan dan puteri salama

Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE dan juga Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan menghabiskan sekitar $45 juta untuk majlis perkahwinannya dengan Puteri Salama pada tahun 1981. Hari ini, ia bersamaan dengan anggaran $100 juta.

Putera itu berkunjung ke semua bandar di amiriah bagi memberi makanan. Sejumlah 20 ekor unta dihiasi dengan permata digunakan untuk memberikan hadiah perkahwinan kepada pengantin perempuan.

Sebuah stadium dengan kapasiti 20,000 tempat duduk dibina khas untuk majlis itu bagi menghiburkan 20,000 tetamu selama 7 hari. Perkahwinan itu mendapat tempat dalam senarai Forbes bagi "Perkahwinan Jutawan".

1. Putera Charles dan Puteri Diana ($110 juta)

putera charles dan puteri diana

Putera Charles dan Puteri Diana berkahwin pada tahun 1981 dengan kos perkahwinan diraja sebanyak $48 juta. Mengikut kadar hari ini, ia bersamaan dengan $110 juta. Upacara itu diadakan di gereja besar St. Paul. Ia disaksikan oleh seramai 3,500 tetamu dan ditonton 750 juta masyarakat seluruh dunia.

Malah, gaun pengantin Diana mempunyai leretan terpanjang dalam sejarah, berukuran 25 kaki. Gaun kain tafeta sutera, lengan gelembung dan beropol itu turut dihiasi dengan renda, sulaman dan labuci. Ia juga diliputi sekitar 10,000 mutiara kecil yang sempurna.

Majlis itu menyediakan sejumlah 27 kek. Kek utamanya sepanjang 5 kaki dan mengambil masa 14 minggu untuk disiapkan. Malah, mereka juga menyediakan kek pendua sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Puteri Diana dipandu dalam sebuah kereta kuda dari tempat tinggalnya ke gereja berkenaan.

Rujukan:

1.    RandomlyNew

2.    Daily Times

3.    The Daily Quicky




Hakcipta iluminasi.com (2017)