Oleh pada 13 Apr 2020 kategori

      

Penyanyi Shahir Zawawi mendedahkan perkembangan terkini kesihatannya yang belum lagi pulih susulan demam teruk yang dihidapi sewaktu bercadang mendapatkan rawatan di sebuah hospital baru-baru ini.

Dalam masa sama, bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu enggan memberi ulasan sama ada dia sudah dirawat atau tidak, di mana-mana pusat kesihatan.

“Mohon maaf, saya masih belum sihat,” katanya dalam kenyataan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kepada portal Harian Metro.

Terdahulu, Shahir pada beberapa hari lalu memuat naik sebuah rakaman video di Instagram yang menyaksikan dirinya disuruh pulang ketika ingin berjumpa dengan doktor di hospital berkenaan.

Video yang dirakam ketika tengah malam itu turut memperlihatkan beliau meluahkan rasa kecewa dengan layanan yang diterima kerana dirinya diminta untuk datang semula pada esok hari.

Namun, penyanyi Aku Yang Berdosa itu berkongsi video susulan bagi memohon maaf atas isu yang dicetuskan, bersama dengan kenyataan pencerahan.

    

Baca: Biodata Penyanyi Shahir Zawawi

    

shahir demam

Kredit foto: Youtube Khairul Amri Hassan

    

“Minta-maaf, saya bukannya cuba mencari publisiti dan saya bukan orang jenis begitu. Saya cuma terpanggil membuat video itu untuk kebaikan orang lain.

“Saya takut ramai lagi insan di luar sana yang memerlukan bantuan perubatan tapi tidak dilayan. Saya keluar meminta bantuan rawatan disebabkan badan sudah lemah selepas demam tiga hari.

“Saya bukan keluar suka-suka untuk pergi bersukaria pada tengah malam. Saya sebaliknya risau benda buruk akan terjadi pada diri memandangkan tinggal sendirian,” katanya dalam rakaman terbabit.

Shahir menambah, kakitangan pusat perubatan haruslah bersikap tolak ansur serta menunjukkan rasa prihatin terhadap para pesakit yang datang mendapatkan rawatan.

“Saya menyerah diri untuk mendapatkan rawatan seperti mana yang disuruh kerajaan disebabkan mengalami simptom demam. Jika kakitangan sibuk, saya faham,” katanya.

    

Kredit video: Shahir Kena Halau Dari Hospital Walaupun Sudah 3 Hari Demam!

    

Sumber berita: Shahir masih sakit

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)