Sekiranya anda sudah berumur 20 tahun ke atas, semestinya anda tahu mengenai DMOZ, sebuah laman website direktori yang mengumpulkan pautan-pautan ke laman web lain yang diklasifikasikan mengikut kategori. Pada awal kemunculannya, DMOZ merupakan sebuah direktori yang memudahkan pengguna internet membuat pencarian berdasarkan kategori yang dipilih.

Sebagai contoh, sekiranya anda henda membaca sesuatu mengenai sukan, DMOZ akan menyenaraikan laman-laman web yang mengandungi info mengenai sukan. Antara perkara menarik mengenai DMOZ adalah ianya diuruskan oleh manusia dimana urusan mengklasifikasikan website mengikut kategori dilakukan oleh pihak editor secara sukarela.

laman direktori 816

Selain untuk memudahkan pencarian, penubuhan DMOZ pada awalnya juga adalah untuk memberi pesaingan kepada Yahoo Directory pada ketika itu yang mempunyai fungsi yang sama. Yahoo Directory telah ditutup pada 2014. Kemunculan Google yang memperkenalkan sistem carian menggunakan enjin carian yang ternyata lebih pantas menyebabkan laman web direktori semakin dilupai. Yahoo Directory telah ditutup lebih awal iaitu pada 2014.

Walaupun telah ditutup, anda masih boleh melayari laman web tersebut di Dmoz Tools. Pihak editor telah memindahkan website tersebut ke web statik memandangkan ianya tidak akan dikemaskini lagi dan agar ianya lebih mudah diuruskan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)