Kredit foto: Instagram.com/haqiemrusli98_
Penyanyi baru, Haqiem Rusli memberitahu bahawa tindakannya membalas komen netizen yang mengkritik nyanyiannya di ruangan akaun Youtubenya baru-baru ini adalah untuk mempertahankan diri semata-mata dan bukannya untuk bersikap angkuh dan tidak boleh menerima teguran.
Sumber foto: Youtube Epy Schecter
Saya boleh terima sebarang kritikan daripada peminat. Tapi kalau komen atau kritikan tersebut seakan-akan ingin menjatuhkan, saya perlu pertahankan diri.
Mestilah saya rasa sakit hati apabila kita dah lakukan yang terbaik tapi masih ada yang tidak berpuas hati.
"Tapi saya tidak mahu ambil perkara tersebut terlalu serius. Bagi saya, mereka kutuk dapat dosa dan saya dapat pahala .
Malah, Haqiem turut mengakui yang dia tidak berkemampuan untuk menyampaikan nada tinggi seperti dalam rakaman sewaktu menyanyikan lagu terbarunya berjudul 'Tergantung Sepi' secara live menerusi sebuah program televisyen 'Twit Twit' baru-baru ini.
Orang selalu ingat nyanyi lagu nada tinggi secara langsung itu mudah sahaja. Memang la dalam rakaman suara tak ada masalah sebab boleh buat berulang kali.
Secara jujur, saya memang tak boleh nak capai nada tersebut sebab itu saya tukar melodi lain. Tapi yang penting, saya sudah lakukan dengan terbaik.
Bukan nak cakap besar atau berlagak tapi sekurang-kurangnya saya tidak nyanyi sumbang .
Rata-rata pengguna laman Youtube memberikan kritikan negatif tentang suara Haqiem yang antaranya menganggap penyanyi itu tidak boleh menyanyi secara live dan ada yang menyuruhnya masuk kelas vokal.
Sumber berita: mStar Online