Setiap hari anda menggunakan papan kekunci atau keyboard, sama ada pada komputer anda mahupun telefon pintar. Namun pernahkah anda terfikir mengapa susunan huruf pada keyboard disusun seperti yang anda gunakan sekarang?
Terdapat beberapa susunan keyboard, termasuklah QWERTY, AZERTY, QWERTZ, Colemak, Maltron da JCUKEN. Namun, susunan keyboard yang paling kerap digunakan adalah QWERTY.
BESARKAN TEKS A- A+
Terdapat sebab mengapa ia disusun begini. Susunan papan kekunci QWERTY dihasilkan oleh seorang penyunting suratkhabar dan juga pencipta mesin taip pertama, Christopher Sholes pada tahun 1870-an. Ia bermula apabila Christopher memfailkan paten terhadap mesin penaip yang diciptanya pada tahun 1867.
Berinspirasikan kekunci piano, Christopher menghasilkan model pertama mesin taip dengan kekunci disusun bertingkat dalam dua baris seperti piano, seperti di bawah:
- 3 5 7 9 N O P Q R S T U V W X Y Z
2 4 6 8 . A B C D E F G H I J K L M
Namun, susunan ini mengalami 2 masalah, dan satu daripadanya adalah disebabkan susunan huruf-huruf tersebut. Disebabkan huruf-huruf ini dipasang pada palang logam, apabila dua huruf bersebelahan ditaip dengan cepat secara berturut-turut, palang logam tersebut akan bertembung antara satu sama lain dan menyebabkan ia tersangkut. Masalah ini adalah sangat serius.
Bagi menyelesaikan masalah ini, pasangan huruf yang kerap digunakan (dalam Bahasa Inggeris), seperti "th" atau "st" diletakkan jauh antara satu sama lain dan tidak berjiran. Dengan ini, penaip akan lebih mudah melakukan kerja menaip.
Mesin taip pertama di dunia
Christopher menghabiskan masa 5 tahun bagi menyempurnakan ciptaannya itu dengan cuba berkali-kali bagi memastikan masalah tidak berulang. Pada tahun 1868, Christopher menukarkan susunan huruf dari O ke Z, dari kanan ke kiri.
Dan pada April 1870, beliau mengubah susunan daripada 2 baris menjadi 4 baris dengan mengubah A, E, I, O, U, dan Y, ke barisan atas, seperti di bawah :
2 3 4 5 6 7 8 9 -
A E I . ? Y U O ,
B C D F G H J K L M
Z X W V T S R Q P N
Pada tahun 1873, hak pembuatan mesin taip ini telah dijual kepada syarikat E. Remington and Sons pada tahun 1873. Susunan kekunci itu telah diubah oleh syarikat ini kepada susunan di bawah:
2 3 4 5 6 7 8 9 - ,
Q W E . T Y I U O P
Z S D F G H J K L M
A X & C V B N ? ; R
Syarikat E. Remington sekali lagi membuat perubahan, termasuklah menggantikan huruf "R" dengan ".", "A" dan "Z" dan beberapa huruf lain, yang dikatakan atas dasar melariskan jualan mesin taip ini. Perubahan tersebut menjadikan susunan papan kekunci seperti yang digunakan sekarang.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 - =
Q W E R T Y U I O P [ ]
A S D F G H J K L ; '
Z X C V B N M , . /
Rujukan :
1. Mental Floss