papan kunci

Pasti anda sudah bosan menggunakan keyboard atau papan kekunci seperti di atas ini. Menaip di hadapan komputer sepanjang hari bukanlah suatu kerja yang menyeronokkan, dan sudah pasti dengan kehadiran papan kekunci seperti di bawah ini mampu mengubah mood anda untuk bekerja dengan lebih efektif.  

1. Rainbow DIY Keyboard

papan kunci rainbow diy

Papan kekunci bernyala yang kelihatan seperti pelangi ini sudah tentu sangat menarik perhatian ramai untuk memilikinya. 

2. Coffee Keys

papan kunci coffee keys

Sekiranya anda mudah mengantuk di kala sedang menyiapkan tugasan kerja, papan kekunci ini harus dimiliki anda kerana ianya kelihatan seperti kopi yang dapat membuatkan diri anda untuk lebih fokus. 

3. The Origami Board

papan kunci the origami board

Bagi penggemar origigami, papan kekunci ini sesuai untuk anda. Setiap huruf diperbuat daripada kertas keras yang dibentuk menggunakan teknik originami. 

4. The Simpsons' Superfan Keyboard

papan kunci the simpsons superfan

Bagi peminat kipas susah mati The Simpsons pula, papan kekunci ini kelihatan sesuai untuk anda, dengan warna yang sangat meriah. 

5. LEGO Brick Board

papan kunci lego brick board

LEGO sentiasa memberi inspirasi bukan sahaja kepada kanak-kanak untuk menghasilkan binaan yang kreatif, malah turut memberi inspirasi kepada orang dewasa melalui papan kekunci di atas ini. 

6. Brass and Wood Keyboard

papan kunci brass and wood

Papan kekunci yang diperbuat daripada kayu Walnut dan tembaga ini kelihatan sangat unik, dengan penampilan campuran era baru dan lama. 

7. The Side-Print Keyboard

papan kunci the side print

Konsep minimalisma yang dibawa oleh papan kekunci ini ternyata sangat menarik dan 'cool'.

8. MechPad Keyboard Bewarna Warni

papan kunci mechpad bewarna warni

MechPad ini harus dimiliki oleh mereka yang gemarkan papan kekunci yang comel.

9. Slick Dvorak Keyboard

papan kunci slick dvorak

Campuran warna putih, oren dan kelabu gelap kelihatan sangat lawa untuk sesebuah papan kekunci. Tema yang ditampilkan ini kelihatan sangat menyerlah sekali dengan penggunaan warna yang kontra. 

10. Killer Split Keyboard 

papan kunci killer split keyboard

Berbanding kesemua papan kekunci dalam senarai ini, Killer Split Keyboard adalah satu-satunya papan kekunci yang terbahagi kepada dua bahagian, dan disambungkan melalui wayar di tengah-tengah. Dengan nyalaan kehijauan, papan kekunci ini harus dimiliki oleh gamers yang sejati. 

11. The Bat Board

papan kunci the bat board

Bagi peminat Batman, papan kekunci ini adalah untuk anda. Dengan tema Batman yang berwarna hitam dan kuning, papan kekunci ini mempunyai bentuk seperti kelawar yang menjadi imej Batman.

12. Datamancer Keyboard

papan kunci datamancer keyboards 778

Dengan tema old-fashioned typewriter, papan kekunci jenis ini boleh digelar sebagai 'retrofuturist', yang membawa reka bentuk kurun ke-19 kepada kurun ke-21.  

13. Rainbow Strip Keyboard

papan kunci rainbow strip

Seperti papan kekunci yang pertama di atas, papan kekunci ini turut menzahirkan pencahayaan yang bewarna seperti pelangi, namun melalui bahagian yang berlainan iaitu daripada celah-celah kekunci dan perimeter luar peralatan ini.

14. Coral Keys

papan kunci coral keys

Sekiranya anda sukakan pantai, papan kekunci ini sesuai untuk anda. Keyboard ini mempunyai kekunci yang diperbuat daripada kepingan karang di dalamnya. Kini anda boleh berada di pejabat sambil membayangkan pantai di jari anda. 

15. Super Size Me Keyboard

papan kunci super size me

Bagi mereka yang inginkan sebuah papan kekunci yang lengkap dan komprehensif, papan kekunci ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Dengan sebanyak 183 kekunci serta 8,000 fungsi, papan kekunci ini bakal memberi mimpi indah untuk anda.

16. Marble Keys

marble keys papan kunciInginkan sebuah papan kekunci yang berkelas? Sudah pasti papan kekunci Marble Keys adalah pilihan yang terbaik, yang diperbuat daripada batu marmar putih yang halus yang menonjolkan lagi keunikannya yang tersendiri.

17. Sunset on A Desk

papan kunci sunset on a desk

Bagi mereka yang gemarkan fenomena matahari terbenam, papan kekunci ini adalah yang terbaik untuk anda. Dengan warna yang ceria, sudah pasti anda juga akan merasa ceria untuk melakukan tugas anda sama ada di pejabat mahupun di rumah.

18. Sonic the Keyboard

papan kunci sonic the keyboard

Kepada para peminat permainan Sonic, papan kekunci ini adalah untuk anda. Dengan inspirasi daripada permainan konsol Sonic the Hedgehog, papan kekunci ini memaparkan imej Sonic yang seolah-olah sedang merenung tajam ke arah anda. 

19. GMK IKEA Keyboard

papan kunci gmk ikea

Sekiranya anda pengumpul barangan perabot daripada IKEA yang tegar, papan kekunci ini adalah untuk anda. Malangnya, produk ini bukanlah produk hasil keluaran syarikat berkenaan, tetapi hasil rekaan inspirasi oleh peminat produk IKEA.

20. Neon Colemak Keyboard

papan kunci neon colemak

Papan kekunci ini tidak menggunakan format QWERTY seperti yang terdapat di kebanyakan papan kekunci di pasaran. Ia menggunakan format yang berbeza, lebih sesuai kepada mereka yang kerap kali menaip dalam bahasa Inggeris. Nyalaan warna papan kekunci ini kelihatan sangat mengasyikkan. 

21. Color Coordination Keyboard

papan kunci color coordination

Selalunya kaum hawa gemar untuk memakai beg, tudung, baju dan kasut yang sedondon untuk ke mana-mana. Bagi kaum adam, apa kata anda sedondonkan papan kekunci anda dengan barangan peribadi anda seperti gambar di atas. Menarik bukan!

22. Galactic Keys

papan kunci galactic keys

Anda tidak perlu menjadi seorang angkasawan seperti Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor untuk memiliki papan kekunci ini. Dengan warna yang sangat menggoda, sesetengah kekunci kelihatan seperti imej daripada galaksi lain. Sungguh menarik!

23. Vaporwave Keyboard

papan kunci vaporwave

Bagi mereka yang gemarkan warna yang lembut, papan kekunci dengan warna pastel ini adalah untuk anda. Sangat tenang sekali melihat papan kekunci seperti ini. 

24. Volcanic Style Keyboard

papan kunci volcanic style

Papan berwarna hitam dengan sinaran dan nyalaan cahaya merah garang dari bawah menonjolkan lagi keunikan papan kekunci ini. Ianya kelihatan seperti gunung berapi yang diambang letusan lava yang mengalir melaluinya. 

25. Bastron Glass Keyboard

Papan kekunci ini adalah antara yang paling unik dalam senarai ini. Diperbuat daripada gelas, keyboard ini tidak mempunyai sebarang warna mahupun kekunci fizikal. Papan kekunci ini dilihat lebih bersih dan minimal. 

Rujukan:

  1. interestingengineering.com

tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)