Piala Malaysia merupakan piala bola sepak utama di negara kita, dan merupakan antara kejohanan bola yang paling lama sejarahnya di Asia. Dua perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara Kedah vs Felda dan JDT vs Perak pada malam semalam amat mendebarkan. 

Tahniah kepada pasukan Kedah dan JDT atas kemenangan bergaya, sekali gus berjaya ke perlawanan akhir yang bakal berlansung pada 4 November ini di Stadium Shah Alam. Persoalannya, dapatkah pasukan JDT mengalahkan juara bertahan Kedah?

piala malaysia thumbnail

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber Foto: sukan-world.blogspot.my

Kita bersorak menyokong pasukan masing-masing dalam perlawanan Piala Malaysia, namun adakah kita tahu asal usul piala ini? Di sini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang sejarah Piala Malaysia, ataupun piala yang dahulunya dikenali sebagai Malaya Cup. 

Penubuhan Awal

hms malaya

Sumber Foto: northeastmedals.co.uk

Pada Januari 1921, kapal perang British Royal Navy, iaitu H.M.S. Malaya telah berlabuh ke Port Swettenham (kini Port Klang), Singapura, Melaka, Penang dan Port Dickson.

Ketika berhenti di sana, kru kapal telah bertanding secara persahabatan bersama kelab tempatan di dalam bola sepak, ragbi, hoki, sukan layar dan golf. 

3 bulan kemudian, Ketua Setiausaha kerajaan Federated Malay Sates telah menerima surat daripada kapten kapal H.M.S. Malaya iaitu Kapten H. T. Buller, yang menawarkan 2 buah piala untuk dipertandingkan bagi sukan bola sepak dan ragbi sebagai tanda penghargaan kerana membenarkan mereka berlabuh di Malaya. 

Tawaran piala tersebut diterima dengan dengan baik, dan beberapa wakil kelab telah bertemu bagi mengatur penganjuran kejohanan terbabit. Pengajuran kejohanan pertama ini telah diamanahkan kepada Kelab Selangor.

Kejohanan Pertama

malaya cup 1921 430

Sumber Foto: singaporerecords.com

Sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi pengajuran pertama Malaya Cup, dan keputusan telah dibuat bagi mengadakan pertandingan di zon utara dan selatan.

Perlawanan pertama Malaya Cup telah diadakan pada 20 Ogos 1921, dengan Selangor mengalahkan Pulau Pinang dengan skor 5-1 di hadapan 5,000 penonton di Kuala Lumpur. 

Kejohanan sulung ini melibatkan sebanyak 6 pasukan, dan telah dimenangi oleh Singapura yang mana pemain Singapura menerima lencana emas atas kejayaan mereka. 

Era Sebelum Perang Dunia ke-2

syed alwi s m alsagoff 639

Sumber Foto: blogs.bl.uk

Sejak awal penganjurannya, kejohanan ini telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Pada tahun 1925, pertama kali pertandingan akhir kejohanan ini diadakan di luar Kuala Lumpur, iaitu di Anson Road Stadium (Singapura).

Singapura telah berjaya menewaskan Selangor dengan skor 2-1.

Sejak tahun pertama penubuhan Malaya Cup, hingga tahun 1941, Singapura tidak pernah ketinggalan beraksi dalam perlawanan akhir, sehinggalah berlakunya Perang Dunia ke-2. 

Pada September 1926, wakil daripada pasukan bola sepak Singapura, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka telah bersetuju untuk membentuk Malayan Football Association (MFA), yang kini dikenali sebagai Football Association of Malaysia (FAM). 

Era Selepas Perang Dunia ke-2

malaya cup 1958 singapura vs penang

Sumber Foto: honouryourpast.blogspot.my 

Selepas perang, Malaya Cup bersambung semula pada tahun 1948, dan beberapa pasukan negeri lain turut menyertainya, iaitu pasukan Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perlis. 

Pada tahun 1957, perlawanan akhir telah pertama kali dilangsungkan di sebuah stadium yang baru siap dibina, iaitu Stadium Merdeka. Kebanyakan perlawanan akhir piala ini telah diadakan di stadium tersebut sehinggalah tahun 1990-an. 

Pada tahun 1959, format Malaya Cup telah berubah dari tradisi kejohanan satu pusingan kepada dua pusingan iaitu di home dan away, dengan pembahagian zon kepada 3 bahagian, iaitu timur, utara dan selatan. 

Pada tahun 1967, kejohanan Malaya Cup telah digantikan dengan kejohanan baharu, iaitu Piala Malaysia, selari dengan perkembangan politik melalui penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963.

Trofi lama Malaya Cup kini telah diletakkan di Muzium Negara di Kuala Lumpur. 

piala malaysia selepas perang dunia ke 2 173

Sumber Foto: isn.gov.my

Pada tahun 1979, Piala Malaysia mempunyai penyertaan sebanyak 17 pasukan, melibatkan pasukan-pasukan baharu seperti pasukan Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan juga Brunei.

Pada tahun berkenaan, kejohanan ini telah menjadi liga satu pusingan. 4 pasukan teratas akan bertemu di 2 separuh akhir, dan 2 pasukan yang menang ke pusingan akhir. 

Pada tahun 1981, peringkat suku akhir telah diperkenalkan. Apabila liga bermula, ianya bertujuan sebagai menapis pasukan yang layak masuk ke Piala Malaysia. 

Namun pada tahun 1982, format kejohanan ini telah berubah. Piala Malaysia hanya akan diadakan setelah berakhirnya liga-liga lain di Malaysia, dengan penyertaan pasukan-pasukan terkuat dari liga kelayakan. 

Era Moden

pasukan pahang 741

Sumber Foto: tokgajah.com

kedah juara piala malaysia 2007 2008

Sumber Foto: commons.wikimedia.org

Pada tahun 2003, MPPJ FC telah menjadi kelab pertama dan pasukan bukan negeri yang memenangi kejohanan ini. Tahun-tahun sebelumnya, 2 pasukan yang melayakkan diri ke perlawanan akhir selalunya adalah dari pada pasukan negeri, atau pasukan bola sepak tentera. 

Pasukan luar negara serta jiran terdekat Malaysia, Brunei dan Singapura turut menyertai Piala Malaysia sejak dari awal lagi. Pasukan bola sepak Brunei telah memenangi piala ini pada tahun 1999.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Brunei menghantar wakil mereka iaitu kelab DPMM FC.

Singapura yang diuruskan oleh Football Association of Singapore (FAS) pernah menghantar pasukan mereka menyertai kejohanan ini sejak Malaya Cup lagi, sehinggalah Piala Malaysia.

Pasukan Singapura merupakan antara pasukan yang kuat, telah memenangi kejohanan ini sebanyak 24 kali, dan menjadi pasukan kedua paling berjaya dalam sejarah pertandingan ini selepas Selangor. 

Namun setelah kemenangan piala ini pada tahun 1994, Singapura telah menarik diri dari kejohanan ini berikutan pertikaian dengan FAM. Pada tahun 2011, FAS telah mengumumkan penyertaan pasukan Singapura ke Piala Malaysia bagi edisi 2012, dengan menghantar LIONSXII yang terdiri daripada senarai skuad baharu. 

Prestasi Pasukan Sepanjang Penubuhan Piala Malaysia 

piala malaysia

Sumber Foto: bloggerbolamalaysia.blogspot.my

  1. Selangor - 33 kali Juara, 16 kali Naib Juara
  2. Singapura - 24 kali Juara, 19 kali Naib Juara
  3. Perak - 7 kali Juara, 11 kali Naib Juara
  4. Kedah - 5 kali Juara, 7 kali Naib Juara
  5. Penang - 4 kali Juara, 9 kali Naib Juara
  6. Pahang - 4 kali Juara, 4 kali Naib Juara
  7. Negeri Sembilan - 3 kali Juara, 3 kali Naib Juara
  8. Kuala Lumpur - 3 kali Juara, 1 kali Naib Juara
  9. Kelantan - 2 kali Juara, 4 kali Naib Juara
  10. Johor - 2 kali Juara, 1 kali Naib Juara
  11. Perlis - 2 kali Juara, 1 kali Naib Juara
  12. Terengganu - 1 kali Juara, 4 kali Naib Juara
  13. Brunei - 1 kali Juara
  14. MPPJ FC - 1 kali Juara
  15. Sabah - 3 kali Naib Juara
  16. ATM - 3 kali Naib Juara
  17. Sarawak - 1 kali Naib Juara
  18. JDT - 1 kali Naib Juara

Koleksi Gambar Lama Piala Malaysia

majlis penyerahan piala malaysia yang lama kepada muzium

mokhtar dahari piala malaysia 1986

sejarah kejohanan bola sepak piala malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)