Sekali pandang sahaja boleh membuatkan air liur meleleh. Mungkin ada di antara anda yang pernah menikmati hidangan lobster atau udang karang ini. Namun, disebabkan harganya yang terlalu mahal, ramai juga yang tidak berkesempatan.
Pada musim bunga tahun 2018, udang karang di Amerika Syarikat dijual seharga RM91.50 hingga RM109.80 bagi setiap kilogram. Julat harga ini secara lansung menjadikan udang karang sebagai antara makanan paling mewah dalam minda dan budaya kita.
BESARKAN TEKS A- A+
Malah, anda tak akan dapati menu udang karang berada di restoran-restoran biasa, tetapi hanya terdapat di restoran mewah atau hotel yang biasanya dikunjungi oleh pelangga VIP.
Jadi, apa yang membuatkan makhluk laut ini lebih mewah dan mahal berbanding yang lain?
Sebenarnya, udang karang tidaklah sentiasa dianggap mewah atau mahal. Dasar politik dan perdagangan ketika ini bukan sahaja mengubah harganya tetapi juga memberikan kesan buruk kepada perniagaan udang karang.
Dalam jangka masa panjang, ia mungkin memberikan kesan kepada bagaimana kita melihat udang karang itu sendiri.
Sejarah koloni "Laabsta"
Ketika abad ke-17 di mana Amerika masih merupakan sekumpulan koloni, para koloni menulis mengenai udang karang di kawasan New England seberat 7 hingga 11 kilogram.
Dan antara udang yang terbesar adalah seberat 20.4 kilogram, yang mampu membesar sehingga 1.8 meter panjang. Jumlah udang karang ini tersangatlah banyak sehingga terdapat dakwaan bahawa ia berada sehingga di kawasan pantai Massachusetts dengan kedalaman 0.6 meter sahaja.
Udang karang ketika itu terlalu banyak, jadi ia tidak begitu bernilai. Para koloni menganggap udang karang sebagai makanan murahan dan hanya dimakan jika tiada makanan lain di sekeliling serta jika tak mahu kelaparan.
Malah, udang karang adalah untuk hamba-hamba, banduan dan juga khinzir. Semua yang makan udang karang berasa sangat malu. Tiram juga berada dalam kategori yang sama dengan udang karang ketika itu.
Terutama, udang karang adalah untuk hamba-hamba yang tidak dijaga, budak, banduan - dan juga babi. Semua orang berasa malu untuk memakannya. (Tiram jatuh ke dalam kategori yang sama.)
Mengeksploitasi populasi udang karang
Walaubagaimanapun, para koloni melihatkan udang karang ini sebagai satu sumber kerana jumlahnya yang sangat banyak, murah dan boleh membuat keuntungan daripadanya dengan mengeskportnya kembali ke Eropah.
Dan ketika itu, orang Belanda telah mencipta cara untuk menghantar udang karang sehingga ke Atlantik dan mengekalkan kesegarannya.
Pusat udang karang yang teratur telah dibuka di Maine pada pertengahan abad ke-19, dan perniagaan pengetinan udang karang bermula dan semakin berkembang.
Ketika hampir memasuki abad ke-20, nelayan udang karang mampu menangkap sehingga 10,000 tan makhluk laut ini.
Malah, udang karang bukan sahaja dihantar merentasi lautan tetapi juga ke seluruh Amerika Syarikat, terima kasih kepada industri kereta api.
Udang karang juga dihidangkan sebagai makanan di atas kapal dan restoran di kawasan darat (jauh dari laut), di mana udang karang dihidangkan kepada khalayak baru sebagai hidangan sampingan atau di dalam salad.
Pengalaman makan dalam kereta api atau menikmati makanan laut jauh dari kawasan pantai menjadikan udang karang sebagai hidangan yang mewah.
Penangkapan udang karang yang keterlaluan di awal abad ke-20 melonjakkan harga ke paras yang sangat tinggi, sama seperti kesan undang-undang pemuliharaan terhadap makhluk ini pada pertengahan abad ke-20.
Untuk jangka masa panjang, pembekalan udang karang telah meningkat.
Undang-undang pemuliharaan berhasil dan Maine telah menerima gelombang udang karang yang membuatkan penangkapan meningkat daripada 8.34 juta kilogram pada tahun 1950 kepada hampir 59.4 juta kilogram pada tahun 2016.
Antara penyumbang ekonomi Maine
Industri udang utama Maine, iaitu yang terbesar di Amerika Syarikat menyumbang sebanyak RM5.82 bilion kepada ekonomi Amerika Syarikat.
Ia merupakan perkara yang baik kerana sejak kebelakangan ini wakil industri udang karang dari Maine telah menerima permintaan antarabangsa terhadap produk mereka dan China bersedia untuk membeli sejumlah besar udang karang ini.
Dalam dua suku pertama tahun 2017, China telah mengimport hudang karang hidup bernilai RM164 juta menjadikan tahun tersebut adalah yang paling menguntungkan setakat ini.
Dan di antara Januari dan Jun tahun 2018, Amerika Syarikat telah menjual udang karang hidup bernilai RM361.5 juta kepada China.