Oleh pada 04 May 2017 kategori

shut up about goals

Budaya mencarut ini bukanlah sesuatu yang baru lagi bahkan dari zaman dahulu lagi sudah wujudnya perkataan carut ini. Di Malaysia, rata-rata kita dapat dengar bagaimana perkataan itu dikeluarkan dari mulut seseorang sama ada tengah melakukan kerja, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas mahupun dalam pergaduhan. Yang paling sedih sekali, budak-budak sekitar umur 5 tahun juga sudah pandai menggunakan perkataan tersebut. Mengapa hal ini boleh berlaku?

13694393 1047518942001964 2118577806 n

Sebenarnya, sejak dari kecil lagi mereka sudah dapat meniru gaya percakapan orang dewasa kerana pada waktu itu mereka tengah dalam proses membesar dan gemar memerhatikan tingkah laku orang lain di sekeliling mereka. Ada juga di antara kita yang jenis baran tak kira di mana jua lalu mencarut sesuka hati. Hal ini menyebabkan ia telah menjadi satu tabiat buruk pada individu tersebut. Oleh sebab itu, mencarut telah menjadi satu budaya pada masa kini. Bagi anda, mungkin mencarut ini adalah normal tetapi kalau tidak mengawalnya kelak akan memberi impak negatif yang besar dalam kehidupan anda pada masa hadapan.

#1 Ia boleh mengotorkan hati anda

Dalam konteks ini bermaksud apabila anda sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, ia akan membuatkan hati anda menjadi gelap dan susah untuk anda berubah menerima teguran dari orang lain. Anda akan berasa cepat marah dan akan menghiraukan tentang perasaan orang lain yang anda telah sakiti tanpa anda sedari. Anda sudah tidak kisah apa yang bakal berlaku, janji anda sudah lega lepaskan semua carutan anda. Ini sangat merisaukan kerana apabila anda sudah sebati dengan tabiat mencarut, ia akan menyebabkan munculnya titik-titik hitam di dalam hati anda dan lama-lama akan menjadi gelap.

image 178

#2 Ia membuatkan anda susah untuk belajar

Bagi yang sedang bersekolah mahupun tengah menyambung pengajian, tidak kira di mana jua anda belajar, anda tetap akan rasa tidak tenang untuk belajar sesuatu dan berasa kurang faham walaupun anda telah mengulangkaji banyak kali. Selain itu, ia juga membuatkan anda rasa susah untuk mengingati apa yang telah anda hafal sebelum ini. Mencarut ini boleh diibaratkan 'bagai sudah tidak ada ruangan untuk ada mengisi ilmu ke dalam hati kerana sudah dipenuhi dengan kamus carutan anda'. Hal ini kerana otak berhubung kait dengan hati kita. Oleh itu, jagalah percakapan selalu. Jangan salahkan guru-guru pula apabila anda sukar untuk menimba ilmu. 

b6c86bbc 8f37 4db9 a227 7067d2891522

#3 Ia boleh merosakkan hubungan antara satu sama lain

Disebabkan tabiat mencarut ini sering digunakan dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan, secara tidak langsung ia akan menyebabkan sesuatu hubungan itu akan mengalami masalah komunikasi. Bila tiada rasa hormat dalam diri lagi, sukar untuk berkomunikasi dengan cara baik. Memang bagi anda itu normal, tetapi ada juga di antara mereka yang mungkin terasa dengan percakapan anda dan membuatkan mereka berjauhan dengan anda. Amalkan perkataan maaf selalu supaya dapat wujudkan kembali kemesraan anda bersama mereka seperti dahulu.

putang ina bobo

#4 Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan

Kalau setiap hari anda cepat melenting dengan memaki hamun, jangan terkejut kalau tekanan darah anda tinggi nanti. Tak pasal-pasal anda sudah ada penyakit darah tinggi disebabkan tidak mampu mengawal kemarahan anda dengan mencarut. Mana ada orang mencarut dalam keadaan 'happy go lucky' kan? Jadi, cepat-cepatlah berubah kurangkan mencarut itu. Kalau tak ada benda nak cakap, lebih baik diam sahaja dari mencari penyakit sendiri.

sebab darah tinggi

#5 Ia juga dapat mematikan hati kerana terlalu banyak dosa

Bercakap buruk adalah salah satu dosa juga. Ini yang paling ditakuti sebenarnya. Apabila hati kita sudah mati, tiada apa lagi yang mampu kita buat melainkan bertaubat. Hati mati ini bermaksud yang anda sudah tiada apa-apa lagi perasaan seperti belas kasihan, kasih sayang dan sebagainya. Kalau anda berbuat jahat sekalipun, anda akan tetap rasa tak bersalah langsung dan berlagak sombong. Jangan sampai anda lupa diri ya.

image 439

Hidup ini kena beradab tak kira di mana kita berada, kita tetap harus saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar menjadi contoh yang baik pada generasi akan datang. Belum terlambat lagi untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mari banyakkan beristighfar dan kurangkan mencarut agar hidup kita sentiasa tenang dan dirahmati oleh Allah SWT. 

image 856


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)