Oleh pada 09 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Sari Yanti

Aktres Sari Yanti didakwa telah hamil kandungan yang berusia antara tiga ke empat bulan.

Menerusi satu kiriman di laman Forum Cari, seorang netizen mendakwa terlihat foto di akaun Instagram adik kepada suami pelakon cantik ini, Jep Sepahtu yang membayangkan beliau sedang berbadan dua.

sari yanti hamil 2

Kredit foto: Media Hiburan

Menguatkan lagi dakwaan itu, Sari menerusi laman Instagramnya dilihat sering keluar rumah dan mengidam untuk menikmati pelbagai jenis makanan.

Tak kurang ada yang menambah, Sari kelihatan lebih berseri-seri kebelakangan ini.

Sejauh mana kebenarannya tidak pula kami ketahui memandangkan pihak Jep mahupun Sari belum tampil dengan sebarang kenyataan.

Jika benar berita yang tersebar ini, kami ucapkan tahniah!

Sementara itu, penulis belanja foto-foto terkini Sari yang kelihatan semakin jelita dan bahagia di samping suami tercinta.

Kredit foto: Instagram Sari Yanti

Sumber berita: Media Hiburan




Hakcipta iluminasi.com (2017)