Oleh pada 17 Jun 2019 kategori

Kini sudah tahun 2019 dan kita berada di puncak di mana ramai lelaki menjadikan jambang sebagai tarikan yang mengasyikkan. Namun, sains terkini mencadangkan keputusan bahawa golongan lelaki atau haiwan jantan yang memiliki kelebihan ini mempunyai saiz testis yang lebih kecil.

Satu kajian yang membandingkan saiz testis lebih daripada 100 primat menunjukkan tenaga yang diperlukan untuk seseorang untuk mempunyai jambang atau saiz testis normal bertindih, bermakna seseorang hanya boleh memiliki salah satu sahaja dari ciri berikut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pasukan dari University of Western Australia mengatakan bahawa haiwan boleh sama ada untuk melaburkan tenaga untuk menarik wanita dengan jambang dan rambut, atau menghabiskan tenaga untuk membesarkan testis supaya lebih besar.

Walaupun implikasi terhadap manusia berkenaan dengan hal ini masih belum jelas, tetapi bagi primat yang lain di seluruh dunia, keseimbangan ini datang dalam bentuk sama ada memiliki punggung yang besar bagi seekor babun atau testis yang besar bagi primat biasa.

Pakar teori primatologi dan penulis Dr Cyril Grueter, dari University of Western Australia, berkata variasi saiz testikel mempunyai perbezaan yang besar dan dikaitkan dengan penampilan lelaki.

haiwan jantan berbulu miliki saiz buah zakar kecil

"Sesetengah spesis (primat) memiliki anugerah menakjubkan seperti jambang, surai, bulu leher dan pelbagai julat warna pada wajah dan bulu," kata Dr. Cyril.

Manakala yang lain memiliki penampilan buruk dan kelihatan lebih "biasa".

Penemuan ini dengan jelas menunjukkan bahawa sesuatu primat itu hanya boleh memiliki satu, dihiasi dengan penampilan menarik atau mempunyai testis yang besar.

Hasil ini datang daripada kajian yang melihatkan saiz testis lebih daripada 100 spesies primat dan mendapati saiz testis sangat berbeza secara dramatik bergantung kepada haiwan.

mengapa lelaki atau jantan berjambang miliki buah zakar kecil 61

Haiwan yang mempunyai buah zakar terkecil adalah sebesar sebutir lada hitam manakala yang terbesar adalah setanding dengan bola tenis

Penyelidik menerangkan bahawa haiwan jantang yang kurang berkemampuan dari segi saiz testis menggunakan semua tenaga untuk menarik pasangannya dengan menggunakan janggut dan rambut panjang, membuatkan tidak ada tenaga yang tersisa untuk melabur dalam alat kelamin.

Para penyelidik memilih untuk mengkaji saiz testis primat kerana ia berbeza secara meluas dalam populasi yang berlainan.

cimpanzi

Para penyelidik mengesyaki bahawa salah satu sebabnya adalah amat sukar untuk melakukan kedua-duanya secara serentak kerana ia memerlukan terlalu banyak tenaga.

Dr. Cyril menjelaskan bahawa semua primat jantan berjuang untuk melakukan perkara yang sama iaitu mendapatkan anak.

Namun, tak semua boleh dapat apa yang diinginkan. Jadi bagaimana ini dilakukan?

Selain daripada bergaduh sesama sendiri, primat jantan boleh menghasilkan apa yang dikenali sebagai "lencana status", perhiasan menonjol yang membantu para pemegangnya mengawal akses terhadap haiwan betina dengan menakutkan haiwan jantan lain.

Dan jika primat jantan tak mampu menghalang haiwan jantan lain daripada pasangan betina, ia boleh dilakukan dengan menghasilkan sperma dalam jumlah yang banyak untuk mengalahkan pesaing-pesaing.

Rujukan:

  1. NY Post
  2. Daily Mail
  3. Standard



Hakcipta iluminasi.com (2017)