hh

Oleh pada 31 Aug 2024 kategori

Nasi dagang merupakan sebuah hidangan yang cukup terkenal di sekitar pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu dan Kelantan. Untuk hasil yang lebih sedap, gunakan ikan tongkol berwarna hitam.

Pemilik resepi menggunakan beras jenis timbang untuk beras yang digunakan iaitu beras basmathi dan beras pulut. Kedua-duanya juga dicampur dan direndam sekali. 

 

Untuk nasi                  

  • Beras basmathi (3 cawan) - beras biasa juga boleh
  • Beras pulut (1 cawan)

Rendam 2 jam bersama halba (2 sudu).

Kukus beras tadi sehingga nasi masak.

 

Untuk santan nasi  

Guna santan pekat (4 cawan)

  • Bawang merah (6 ulas) - boleh juga dibanyakkan
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Halia (2 inci)

Potong semua bahan-bahan tadi. Masuk dalam santan. Masak sebentar sahaja. Masuk gula dan garam.

Ambil nasi yang dikukus tadi. Gaul dengan santan yang dimasak dengan bawang dan halia tadi.

Kukus sebentar. Siap.

 

Gulai ikan tongkol

  • Guna 2 ekor ikan yang sederhana besar
  • Mesti rebus ikan tongkol dengan garam dan gula atau nisan keret dan asam keping bagi cukup rasa semua.
  • Biarkan semalaman (ini rahsia untuk gulai yang sedap).

 

  • Cabai kering (6 biji)
  • Bawang merah (6 ulas) - boleh juga dibanyakkan bagi pekat kuah
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Lengkuas (sedikit)
  • Kunyit hidup (sedikit)

Kisar semua bahan-bahan tadi dan campurkan dengan serbuk kari jenama Babas (2 sudu).

Tumis sehingga naik minyak.

Masukkan santan.

Masukkan ikan tongkol yang direbus.

Masuk garam, gula dan asam keping (hati-hati kerana ikan sudah ada rasa masin, manis dan masam).

default 1 467

 

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

 

Kredit resepi: Rozie Mnor [12]

Sumber informasi:

Wikipedia Nasi Dagang

Hani Jef [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)