Oleh pada 28 Apr 2022 kategori

kailan belacan1

Siapa yang tidak pernah makan kangkung goreng belacan? Masakan ini sangat popular terutamanya di kampung dan restoran yang menyediakan masakan panas. Sangat sesuai dimakan dengan nasi putih, maka tidak hairanlah jika kangkung goreng belacan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Di sini kami berkongsi resepi masakan kangkung goreng belacan yang mudah dan cepat disediakan ini. 

Bahan – bahan yang diperlukan

  • 1 ikat kangkung
  • 1 biji cili merah / cili padi (mengikut selera)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 50 gram ikan bilis / udang kering
  • 1 sudu belacan
  • Minyak masak
  • Gula dan garam

kangkung goreng belacan

Cara penyediaannya:

  • Bersihkan kangkung, dibuang sedikit batang di bawahnya, direndam dan ditoskan. Asingkan daun dan potong batang lebih kurang satu inci.
  • Tumbuk cili, bawang merah dan bawang putih sehingga separa lumat.
  • Panaskan minyak untuk menumis.
  • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan kangkung, garam dan gula secukup rasa.
  • Dikacau rata sehingga masak.
  • Sedia dihidangkan.

Dengan hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit, masakan kegemaran rakyat Malaysia ini sedia dimakan. Menu sayur ini juga dapat menjadi sebahagian diet yang yang diperlukan oleh tubuh kita.

Selamat mencuba!



Hakcipta iluminasi.com (2017)