Kredit foto: Sinar Harian 

Kumpulan nasyid Rabbani melahirkan rasa teruja dengan kehadiran program realiti televisyen, Gema Gegar Vaganza (GGV).

Ketka ditemui di Majlis Pelancaran Iftar Bersama Rabbani di Restoran Rabbani Lamb House baru-baru ini, Azadan Abdul Aziz mewakili anggota Rabbani yang lain memberitahu mereka tidak akan teragak-agak untuk menyertai program itu pada musim hadapan jika diizinkan.

Menurut Azadan, GGV adalah program Islamik yang bagus kerana memartabatkan penyanyi nasyid, selain hadir dengan konsep yang unik.

Sebenarnya memang kami telah ditawarkan untuk sertai program ini pada musim pertama yang lalu tetapi disebabkan kekangan masa dan terikat dengan komitmen lain, kami terpaksa tolak. Lagipun kami belum bersedia untuk memberi komitmen tersebut kerana ketika itu semua ahli kumpulan kami bekerja, berniaga dan sebagainya. Jika ada rezeki untuk kami musim kedua nanti, Insya-Allah kami akan pertimbangkannya kerana kami tak nafikan GGV adalah satu program yang bagus kerana memartabatkan artis nasyid. Secara peribadi, saya berminat untuk sertainya untuk menyokong usaha Astro mewujudkan program sebegini. GGV wajar diteruskan malahan kami harap dengan adanya program ini, ia membuka mata stesen televisyen lain untuk buat program hiburan Islamik dengan konsep yang berbeza-beza. 

Sumber: Astro Gempak

Mengulas kemenangan kumpulan UNIC sebagai juara GGV yang pertama, Azadan mengakui kehebatan kumpulan tersebut sejak daripada awal program. 

rabbani kagum program ggv mahu sertai 2

Kredit foto: Instagram Fakhrul UNIC

Kami memang mengikuti program ini dari awal dan saya akui UNIC dari awal lagi sudah menunjukkan persembahan yang terbaik dari segi kreativiti dan kemantapan vokal. Namun bila sampai ke peringkat akhir saya sendiri sukar untuk menjangka kerana semua kumpulan telah memberikan yang terbaik.

Sumber: Astro Gempak

Enam lagi ahli kumpulan Rabbani yang hadir pada majlis tersebut adalah Mohd Rithaudden Yaakob, Zulkiflee Azman, Ahmad Syafie, M. Afendi Shahbudin, Nazrul Azhar Tamrin dan Azizan Khalid. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)