Oleh pada 06 Dec 2017 kategori

elyana dedah ramli ms tidak menyukainya

Kredit foto: Instagram Elyana & Sinar Harian

Muncul dalam video sesi soal jawab bersama peminat menerusi Instagram Secara Langsung, penyanyi Elyana dihujani pelbagai pertanyaan daripada para pengikutnya.

Menjawab satu soalan yang dilontarkan, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 30, memberitahu, dia beranggapan ketua juri Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Datuk Ramli MS tidak menyukainya.

“Tak sangka ada juga yang perasan. Ya, ketua juri tidak pernah komen saya. Tak tahu kenapa. Mungkin dia tidak suka pada saya kot,” jelasnya berterus-terang.

Elyana mengulas soalan peminat tentang Ramli yang dilihat tidak pernah memberi komen tentang persembahannya di GV4.

Dalam satu lagi soalan yang diajukan netizen yang menanyakan bagaimana layanan Ramli terhadapnya sewaktu berlatih di sesi raptai, Elyana enggan mengulas.

"Saya tidak mahu komen (no comment)," katanya seakan menyelindungkan sesuatu.

Apabila seorang pengikut meminta beliau menyimpan rakaman video Instagram Secara Langsung itu, Elyana menolak kerana katanya, dia tidak mahu kenyataannya dalam rakaman itu menjadi isu.

Terdahulu, Elyana menamatkan perjuangan di konsert kelima Gegar Vaganza 4 selepas mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Sumber berita: Media Hiburan

tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)