punca doktor hadkan waktu lawatan julia perez

Kredit foto: palembang.tribunnews.com

Atas nasihat doktor, keluarga penyanyi Julia Perez telah menghadkan waktu lawatan orang luar terhadap Julia.

Menurut adiknya, Nia Anggia, kondisi kesihatan Julia yang menghidap barah pangkal rahim tahap empat adalah semakin lemah. Justeru untuk kebaikan Julia, mereka sekeluarga terpaksa mengurangkan waktu lawatan orang luar.

Keadaan Jupe sering tidak menentu dan doktor telah menasihatkan kami sekeluarga agar dapat memberi rehat secukupnya kepada dia serta menghadkan waktu lawatan. Doktor juga risau jika dia berkemungkinan akan dijangkiti penyakit baru akibat daripada virus yang dibawa oleh orang yang melawatnya. Jadi kami terpaksa akur dengan permintaan doktor itu dan telah mula menghadkan lawatan daripada orang luar sejak minggu lalu. Saya berharap agar orang ramai tidak berasa hati dengan tindakan ini dan ia dilakukan adalah untuk kebaikan dia.

Sumber: Astro Gempak

Nia juga berharap agar peminat terus mendoakan semoga ada keajaiban untuk Julia kembali sembuh. 


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)