Oleh pada 13 Jan 2018 kategori

Pernah baca novel atau menonton filem "The Hunger Games"? Secara mudahnya, The Hunger Games adalah sejenis permainan berkonsepkan survival dimana setiap karakter perlu mempertahankan diri atau membunuh karakter atau musuh lain untuk terus hidup. Dalam kata lain, anda harus membunuh jika tidak mahu dibunuh.

Konsep permainan yang dipaparkan dalam The Hunger Games ini seakan-akan hanyalah rekaan dan fantasi semata-mata. Walau bagaimanapun, itulah keadaan sebenar yang berlaku sewaktu pemerintahan diktator Soviet Union, Joseph Stalin. Kisah ini dikatakan berlaku di Pulau Nazino, sebuah kawasan pulau terpencil yang terletak di Siberia.

Menghapuskan ancaman

joseph stalin 725

Sebelum ini kami pernah menulis mengenai Joseph Stalin. Beliau merupakan seorang yang kejam dan tidak akan teragak-agak untuk membunuh sesiapa sahaja yang dirasakan boleh mendatangkan ancaman kepada kedudukannya. Pegawai yang didapati mendatangkan ancaman kepadanya akan dipecat, dipenjarakan dan ada antaranya yang dibunuh.

Antara tindakannya bagi mengurangkan tentangan daripada pihak yang mengancam keselamatannya adalah menghantar mereka jauh ke Siberia. Dikatakan beribu-ribu orang telah dihantar ke Siberia atas alasan yang tidak munasabah antaranya tidak menunjukkan identiti pengenalan diri dan kesalahan-kesalahan kecil yang lain.

pulau nazino

Pada bulan Mei 1953, kira-kira 5000 orang telah dihantar ke sebuah pulau terpencil bernama Pulau Nazino. Ketika itu, pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai pengalaman dan kemampuan logistik untuk urusan penghantaran 5000 orang tersebut ke Pulau Nazino dan 27 orang telah mati dalam perjalanan.

Kem Tahanan

Pulau itu sepatutnya dijadikan sebagai sebuah kem tahanan buat para pesalah. Mereka sepatutnya dikerah untuk bercucuk tanam untuk menyara kehidupan sendiri dan tidak mengharapkan bantuan makanan daripada pihak berkuasa. Malangnya, pihak berkuasa tidak menyediakan segala peralatan untuk bercucuk tanam. Malah, tempat perlindungan juga tidak disediakan buat mereka. Dengan keluasan pulau tersebut yang kecil dan kebanyakan kawasannya berpaya, ianya menyukarkan mereka untuk mencari kawasan berteduh.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila pada 27 Mei, 1200 orang banduan juga telah dipindahkan ke pulau tersebut. Hal ini menambahkan lagi konflik dan ancaman keselamatan kepada mereka yang tiba lebih awal di pulau itu.

bantuan makanan

Kerana ketiadaan makanan di sana, maka pihak berkuasa telah mula menghantar bantuan makanan berupa tepung. Pada hari pertama bantuan makanan ini dihantar, pihak berkuasa yang menghantar bekalan tepung ini telah diserang oleh banduan yang kebuluran. Perkara yang sama berlaku pada keesokan harinya. Hal ini telah memaksa pihak berkuasa mengarahkan mereka yang berada di pulau ini untuk melantik beberapa orang wakil bagi mengambil bekalan makanan bagi pihak mereka.

Menjadi kanibal

Malangnya, wakil-wakil yang dilantik untuk mengambil bekalan tepung ini telah bertindak menyimpannya dan meminta orang ramai membayar bagi mendapatkan tepung tersebut. Hal ini telah menyebabkan konflik dan pergaduhan besar sesama mereka.

Sementara itu, kerana ketiadaan alatan memasak, sebahagian daripada tahanan di pulau ini telah bertindak memakan tepung ini secara mentah dengan mencampurkannya dengan air. Akibatnya, ramai yang jatuh sakit dan cirit birit. Ditambah lagi dengan ketiadaan kemudahan perubatan, ramai yang mati.

Akibat terdesak kerana pelbagai permasalahan yang timbul, ramai tahanan di pulau ini bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri. Malah, ketiadaan makanan telah memaksa mereka yang tinggal disini untuk membunuh dan memakan daging tahanan untuk terus hidup. Keadaan pada ketika itu umpana permainan "The Hunger Games" dimana setiap orang perlu membunuh manusia lain untuk makanan dan meneruskan hidup. Akibat daripada peristiwa inilah pulau ini turut diberi gelaran "Pulau Kanibal".

Terdapat juga sebahagian tahanan yang mula membina rakit untuk melarikan diri daripada pulau ini. Malangnya, kebanyakan rakit ini tidak mampu bertahan di lautan yang luas dan akhirnya karam. Ramai yang cuba melarikan diri ini akhirnya mati kelemasan sementara mereka yang berjaya berenang ke Siberia pula biasanya akan dibunuh oleh pihak berkuasa pantai.

Daripada keseluruhan 6000 orang yang dihantar ke pulau ini pada bulan Mei, hanya 2000 orang dilaporkan selamat sehingga bulan Jun. Mereka yang terselamat ini pula kemudiannya telah dihantar ke kem tahanan dan dikerah sebagai buruh paksa. Kisah malang di "Pulau Kanibal" ini mengingatkan kita mengenai kesan buruk pemerintahan diktator.

Kisah tragedi ini telah didokumentarikan antaranya dalam sebuah buku bertajuk "Cannibal Island Death in a Siberian Gulag" dan juga sebuah filem di Netflix berjudul "The Bad Batch".

Kredit:

  1. The Sun
  2. WikiPedia
  3. Sofrep News

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)