pol pot kemboja

Pada tahun 1975, kumpulan revolusi komunis Khmer Rouge yang dipimpin oleh Pol Pot telah mengambil alih Phnom Penh, ibu kota Kemboja. Tidak lama kemudian, mereka menguasai seluruh negara dan mengumumkan nama barunya sebagai "Demokratik Kampuchea." Mereka ingin mewujudkan masyarakat agraria komunis yang ideal dan mula membuat perubahan radikal.

Walaupun pemerintahan mereka tidak lama kerana kumpulan itu digulingkan oleh pemerintah Vietnam pada tahun 1979, mereka membuktikan betapa banyak kerosakan yang dapat dilakukan dalam tempoh 4 tahun yang singkat. Walaupun kita tidak akan pernah mengetahui jumlahnya yang tepat, anggaran jumlah orang awam yang dibunuh oleh Pol Pot dan rejimnya semasa mereka berkuasa sekitar 2 juta atau hampir 25% penduduk pada masa itu.

Walaupun pembunuhan peristiwa beramai-ramai Kemboja ini jarang diperkatakan di Barat, mereka yang terselamat daripada menjadi mangsa kekejaman Pol Pot pastinya tidak dapat melupakan peristiwa hitam yang cukup memberikan kesan mendalam kepada mereka.

Dalam tempoh hanya 4 tahun, berikut merupakan antara perubahan radikal yang dibuat oleh Pol Pot dan tenteranya. 

1. Semua aset dan harta milik kerajaan

negara komunis

Salah satu perkara pertama yang dilakukan Pol Pot adalah memutuskan bahawa pemerintahannya akan benar-benar menjadi sosialis, maka tidak wujud konsep harta peribadi sama sekali. Di bawah Pol Pot, semua harta peribadi dirampas dan barang seperti pakaian atau benda lain yang anda perlukan untuk hidup dianggap sebagai milik kerajaan.

Pol Pot ingin menguasai sepenuhnya kehidupan orang Kemboja dan benar-benar menguasai semua penduduk dengan apa sahaja cara. Realitinya, Pol Pot hanya memberi ilusi bahawa semua orang setara dan dijaga sesuai dengan keperluan mereka selama mana mereka bekerja.

2. Golongan bijak pandai dihapuskan

kekejama polpot

Pol Pot sendiri adalah seorang bekas guru dan berpendidikan tinggi sebelum dia menjadi pemimpin revolusioner dan diktator yang kejam. Oleh itu dia merasakan bahawa orang yang paling berbahaya adalah golongan intelektual yang boleh menjadi subversif dan mempengaruhi orang menentangnya.

Atas sebab ini, dia memutuskan bahawa sesiapa sahaja yang berpendidikan atau pintar  terlalu berbahaya untuk dibiarkan hidup dan sebahagian besar individu yang terbaik dan cemerlang di negara itu dibunuh. Doktor, penjawat awam, guru, polis dan orang-orang penting ditembak kerana dianggap berbahaya kepada rejim Pol Pot.

3. Rakyat dipaksa bekerja dalam bidang pertanian

negara agraria

Semua orang dipaksa keluar dari bandar dan dihantar bekerja di kawasan luar bandar di ladang atau kawasan pertanian lain. Semua ini dikawal dengan ketat oleh tentera Khmer Rouge yang memastikan bahawa seluruh negara berubah menjadi masyarakat agraria atau pertanian.

Kepentingan pertanian dan kehidupan luar bandar ditekankan di atas segalanya dan pembelajaran dan intelektualisme tidak wujud dalam rejim ini. Dengan semua guru dibunuh dan sekolah-sekolah berubah menjadi pusat tahanan, satu-satunya perkara yang ingin diajarkan oleh tentera Khmer Rouge adalah bertani dan ketaatan kepada kerajaan.

4. Aktiviti keagamaan dan keramaian diharamkan

pengharaman agama pol pol

Agama dianggap sangat berbahaya bagi rejim seperti Pol Pot untuk bertahan hidup jadi ini adalah salah satu perkara pertama yang diharamkan. Tentera Khmer Rouge melarang amalan keagamaan dan menyembelih sejumlah besar pemimpin Buddha. Sebilangan orang percaya jumlah yang terkorban mungkin berpuluh ribu. 

Selain itu, segala aktiviti keramaian juga diharamkan. Banyak amalan hiburan rakyat tradisional juga dilarang kerana Pol Pot ingin memisahkan rakyat dari budaya lama mereka. Ramai orang ketika itu menghabiskan sebahagian besar waktu bekerja untuk kerajaan dan tidak mempunyai cukup makanan untuk hidup.

5. Pengenalan hierarki sosial baru

sejarah pol pot

Untuk mewujudkan masyarakat yang baru dan sepenuhnya agraria, Pol Pot memutuskan bahawa dia perlu mengubah susunan sosial sepenuhnya. Pol Pot memperkenalkan 4 kategori sosial baru untuk mengkelaskan populasi barunya sebagai pekerja. Mereka yang sejajar dengan nilai-nilai Barat atau kebetulan tinggal di kota adalah "orang baru" dan mempunyai hak yang jauh lebih rendah daripada orang kebanyakan.

Namun, bagi yang setia kepada tentera Khmer Rouge, mereka boleh dinaikkan status sosial mereka. Mereka yang benar-benar baik boleh mendapat status calon kewarganegaraan penuh dan jika benar-benar seorang penyokong kerajaan, berhak mendapat status kewarganegaraan penuh.

6. Polisi pemisahan ahli keluarga

polisi pemisahan keluarga

Salah satu tindakan terbesar rejim Pol Pot adalah dasar pemisahan keluarga yang menyebabkan dia dianggap diktator terburuk dalam sejarah. Ketika itu orang ramai dipaksa keluar dari kota-kota untuk menjadi pekerja di negara ini dan tentera Khmer Rouge memisahkan keluarga secara beramai-ramai.

Terdapat beberapa sebab besar tindakan kejam Pol Pot ini. Antara sebab utama adalah tindakan ini dianggap menjadikannya lebih mudah untuk "brainwash" penduduk apabila keluarga dipisahkan kerana kerajaan kemudiannya akan dianggap menjadi pihak berkuasa keluarga yang membesarkan anak-anak.

7. Tiada langsung persamaan taraf

kelas sosial kemboja

Walaupun Pol Pot dan rejimnya mendakwa mereka mahu mewujudkan masyarakat komunis yang ideal dan setaraf, kebanyakan kita tahu bahawa perkara sebegitu tidak akan berlaku di dunia realiti. Terdapat 4 kelas sosial dan walaupun banyak usaha golongan bawahan dilakukan termasuk menjadi tali barut kerajaan, biasanya mereka tidak akan kemana. 

Bagi Pol Pot sendiri, ramai orang menyatakan bahawa walaupun dia sentiasa menuntut tentang pentingnya kerja keras dan taraf sama rata antara semua orang, dia sentiasa kelihatan "suci" seperti dia tidak pernah melakukan kerja fizikal yang berat dalam masa yang sangat lama.

Kredit:

  1. Al-Jazeera
  2. BBC News


Hakcipta iluminasi.com (2017)