projek kvdt fasa dua dikaji semula punca didedahkan

Kredit foto: Instagram Loke Siew Fook (Gambar tiada kaitan dengan berita ini)

Perlaksanaan Projek Naik Taraf Landasan Keretapi Berkembar Lembah Klang (KVDT) fasa kedua di bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kos penambahbaikan sekitar RM5.9 billion akan dikaji semula oleh kerajaan.  

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, keputusan itu dibuat kerana kos yang dikenakan agak tinggi, tidak melalui tender terbuka dan memakan masa yang lama untuk siap iaitu 7 tahun.

Tambahnya, perkara itu akan dibawa ke kabinet kerana tidak dipersetujui dari segi kos.

Projek KDVT fasa pertama sepanjang 40 kilometer dijangka tamat pada November 2019.

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Facebook Bernama News Channel

3. Facebook Bernama Radio

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)