Pada tahun 2003, salah satu pesawat paling hebat yang pernah dibina melakukan pendaratan terakhirnya. Selepas 27 tahun berkhidmat, pesawat terkenal yang diberi nama Concorde ini ditamatkan perkhidmatannya. Air France terlebih dahulu menghentikan penggunaan pesawat penumpang supersonik ini diikuti pula oleh British Airways sejurus selepas itu.

Bagi sesetengah orang, Concorde adalah sebuah pesawat anggun dan hebat. Bagi sesetengah yang lain pula, ia adalah pesawat yang bising dan mencemarkan alam sekitar. Persoalannya, bagaimana pesawat terhebat ini menjadi kegagalan pada masa yang sama?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Concorde : Revolusi dunia penerbangan

pembinaan pesawat concorde

Pembinaan pesawat Concorde

Secara teknikal, tidak dinafikan bahawa Concorde adalah sebuah pesawat yang membawa revolusi baru dalam dunia penerbangan. Pesawat yang dibina melalui program bersama UK dan Perancis ini telah mendahului zamannya dalam pelbagai segi.

Concorde merupakan pesawat pertama yang mempunyai pengambilan udara enjin yang dikawal komputer, menjadikan perbezaan pecutan pesawat yang ketara dalam dunia penerbangan pada masa itu.

model concorde

Ia juga membolehkan Concorde memperlahankan aliran udara ke dalam enjinnya sehingga 1,000 mph dalam ruang sekecil 4.5 meter, menghalang enjin daripada risiko meletup.

Pesawat Concorde juga mempunyai brek serat karbon dan sistem kawalan fly-by-wire (sistem separuh automatik dan biasanya dikawal oleh komputer). Ia mungkin sesuatu yang normal pada hari ini tetapi pada tahun 1960-an, ia merupakan keajaiban kejuruteraan. Sistem brek dan kawalan ini menjadi terkenal disebabkan Airbus.

kokpit concorde

Pandangan dari dalam kokpit Concorde

Antara ciri khas pesawat Concorde adalah pada sayap dan hidungnya yang panjang serta menjunam. Ciptaan inovasi ini membolehkan Concorde mempunyai rintangan udara yang minium agar lebih laju dan mudah dikawal. Pada masa yang sama, ia juga memberikan juruterbang penglihatan yang baik semasa berlepas dan mendarat. Ciri reka bentuk unik pesawat ini menjadi popular serta-merta.

Dengan semua penambahbaikan ini, Concorde dapat mengurangkan masa penerbangan jarak jauh separuh daripada kebiasaannya. Penumpang dapat melawat New York dan tempat-tempat lain merentasi lautan Atlantik dalam jumlah yang lebih ramai pada dua kali ganda kelajuan bunyi (2.04 Mach).

Sejarah Concorde

geoffroy de courcel dan julian amery

Geoffroy de Courcel dan Julian Amery menandatangani perjanjian

Sejarah Concorde bermula pada 1962 apabila Geoffroy de Courcel dari Perancis dan Julian Amery dari UK menandatangani perjanjian pesawat supersonik Anglo-Perancis. Tujuh tahun kemudian, pesawat Concorde melakukan penerbangan supersonik pertama dunia pada 1 Oktober 1969.

Penerbangan komersial pertama Concorde bermula pada 21 Januari 1976 apabila British Airways Concorde terbang dari London ke Bahrain dan Concorde Air France terbang dari Paris ke Rio de Janeiro.

penerbangan pertama concorde

Penerbangan pertama Concorde

Antara tahun 1976 hingga 2000, Concorde terus memberikan perkhidmatan kepada penumpang kaya dan peminat fanatik pesawat itu sehinggalah kemalangan tragik yang berlaku di Paris sehingga mengorbankan 113 nyawa.

Selepas GBP 71 juta dibelanjakan untuk meningkatkan keselamatan pesawat supersonik itu, Concorde kembali aktif memberi perkhidmatan pada November 2001. Helepas hanya dua tahun dilancarkan semula, British Airways dan Air France mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan perkhidmatan Concorde. Penerbangan terakhir Concorde adalah pada Oktober 2003.

Mengapa perkhidmatan Concorde ditamatkan?

kemalangan concorde tahun 2000

Kemalangan Concorde tahun 2000

Walaupun merupakan satu ciptaan yang hebat, Concorde mungkin diperkenalkan pada waktu yang tidak sesuai. Ciptaan Concorde telah disempurnakan sebelum kenaikan mendadak harga minyak pada tahun 1970-an.

Walaupun ia adalah karya agung dalam kejuruteraan, kelajuan pesawat ini memerlukan penggunaan minyak yang banyak. Ini membuatkan penggunaan komersial Concorde tidak begitu menguntungkan dalam era di mana harga minyak semakin meningkat.

Disebabkan penggunaan minyak yang banyak, Concorde tidak mampu untuk terbang dari UK ke Pantai Barat Amerika Syarikat. Kapasiti minyaknya hanya mampu membawa penumpang dari UK ke Pantai Timur Amerika Syarikat sahaja.

kemalangan concorde

Selain itu, Concorde hanya boleh memuatkan 100 orang penumpang tetapi memerlukan minyak yang sama dengan jumlah digunakan pesawat Boeing 747. Jika dibandingkan, Boeing 747 mampu terbang dua kali lebih jauh dan mampu membawa penumpang sebanyak empat kali ganda. Tambahan pula, Concorde menghasilkan bunyi yang terlalu kuat.

Ramai yang menyangka bahawa kemalangan yang berlaku pada tahun 2000 adalah sebab mengapa Concorde dihentikan. Sebenarnya, Air France dan British Airways telah lama merancang untuk menghentikan perkhidmatannya.

Disukai oleh ramai orang

concorde pesawat terhebat

Bagi sesetengah orang, penamatan Concorde adalah satu tragedi. Ben Lord dari "Kumpulan Selamatkan Concorde" berkata pesawat itu adalah lebih maju berbanding Apollo 11 yang membawa manusia pertama ke bulan.

Juruterbang Concorde paling lama, Jork Lowe, pula berkata bahawa tiada satu pun pesawat tentera yang mampu menyaingi Concorde. Lowe yang juga bekas presiden Royal Aeronautical Society menambah, pesawat supersonik itu sangat mudah dikendalikan.

Ketika dia membawa Concorde ke Pameran Antarabangsa Toronto, seramai 750,000 orang hadir untuk menyaksikan pesawat itu. Ia adalah salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakannya.

tempat duduk pesawat concorde

Tempat duduk penumpang pesawat Concorde

Lowe juga teringat ketika pengawal trafik udara mengarahkan juruterbang SR71 Blackbird, sebuah pesawat pengintip altitud tinggi supaya memberi laluan kepada Concorde yang sedang dalam perjalanan untuk pendaratan. Ia merupakan satu penghormatan yang tinggi diberikan kepada juruterbang Concorde yang begitu sedikit jumlahnya.

Walaupun penggunaan Concorde dilihat tidak praktikal ketika ia ditamatkan, ini tidak mengubah hakikat bahawa pesawat itu adalah satu kejayaan hebat dunia kejuruteraan. Adakah pesawat itu akan membuat comeback pada masa akan datang? Hanya masa yang akan menentukannya.

Rujukan:

1. Mengapa pesawat supersonik Concorde menemui kegagalan

2. Sejarah pesawat Concorde

3. Concorde - Karya agung dunia penerbangan




Hakcipta iluminasi.com (2017)