Steven Paul "Steve" Jobs ialah seorang usahawan dan merupakan pengasas kepada beberapa syarikat selain Apple Inc. Steve Jobs juga pernah menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios sebelum dibeli oleh Disney. Beliau merupakan pengasas kepada NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang spesifik bagi pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996, Apple telah membeli NeXT. Sejarah penubuhan NeXT agak signifikan dengan kebangkitan Steve Jobs dalam industri komputer peribadi di Silicon Valley dimana pada tahun 1970, Steve Jobs bersama Steve Wozniak telah membangunkan salah satu komputer peribadi terbaik dunia iaitu Apple 2. 

Pada 5 Oktober 2011, Apple telah mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia  kerana kanser pankreas. Beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah meninggalkan beberapa pesanan yang berguna untuk kita jadikan teladan.

"Ramai menganggap saya berjaya dalam dunia perniagaan. Di mata orang lain, diri saya adalah ikon yang berjaya. Namun tak ramai tahu bahawa saya tidak berasa gembira dengan hidup saya. Apa yang saya dapati, kekayaan hanya hakikat kehidupan yang biasa-biasa sahaja. Kini, terlantarnya saya di atas katil ini, membuatkan saya terfikir tentang matlamat hidup saya. Saya merasakan bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang saya kecapi, menjadi hambar dan sia-sia dalam menghadapi kematian.

Di dalam bilik yang malap ini, saya melihat lampu hijau dari mesin sokongan nyawa dan mendengar bunyi beep beep denyutan nadi itu, saya dapat merasakan kematian saya semakin hampir. Sekarang saya sedar, sepatutnya apabila saya telah mengumpul banyak harta, saya perlu meneruskan hidup dengan perkara-perkara lain yang berfaedah dan membahagiakan saya. Mungkin menjaga perhubungan keluarga, mungkin menghasilkan hasil seni atau apa-apa jua yang membahagiakan.

steve jobs sakit

Tidak henti mengejar kekayaan membuatkan kita tak ubah seperti seorang insan yang tidak pandai bersyukur, seperti saya. Sebenarnya Tuhan beri kepada kita deria untuk membenarkan hati kita merasai cinta, bukan untuk dijadikan sebagai ilusi untuk mengejar kekayaan. Tak kiralah banyak mana harta yang saya ada, saya tidak boleh membawanya selepas saya mati. Apa yang saya boleh bawa hanya kenangan dicetuskan oleh cinta.

"Cinta". Itulah harta sebenarnya yang akan mengikuti, menemani dan memberikan anda kekuatan untuk hidup. Cinta boleh dikembangkan seluas-luasnya. Hidup ini tiada had. Berjalanlah ke mana sahaja anda mahu pergi. Capailah apa jua tahap keterampilan yang anda inginkan. Semuanya di dalam genggaman anda.

steve jobs kurus

Anda boleh menggaji seseorang untuk memandu kereta untuk anda, menjana wang untuk anda. Tetapi anda tidak boleh membayar seseorang untuk menanggung kesakitan anda. Harta benda yang hilang boleh dicari ganti. Tetapi ada satu benda yang tidak boleh diganti apabila ianya hilang.... ianya "Kehidupan".

Apabila seseorang masuk ke dalam bilik bedah, pasti dia akan menyesal kerana tidak membaca dan khatamkan buku tentang "Kehidupan Yang Sihat". Dimana jua peringkat kehidupan anda sekarang, tak kira bila masanya kita akan bertemu jua dengan kematian apabila tirai dilabuhkan.

Hargailah cinta dan kasih sayang. Cintailah keluarga anda, sayangilah pasangan anda, berkasihlah dengan rakan-rakan anda. Jaga diri anda dengan baik dan hargailah sesiapa saja yang anda temui didalam hidup anda.

laman web apple

Pada hari kematian Steve Jobs, laman web Apple telah membuat satu kenyataan berbunyi, "Satu dunia dan Syarikat Apple telah kehilangan seorang genius yang luar biasa. Kami bertuah kerana berkesempatan berkerja bersama beliau, seorang rakan yang baik dan mentor yang menjadi sumber inspirasi. Semoga semangat kecekalan beliau sentiasa bersama Apple."

Diterjemah dari : Get Involved You Live Here




Hakcipta iluminasi.com (2017)