Pada tahun 2016, anak perempuan Jang Ji-sung berusia tujuh tahun, Nayeon, meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dapat diubati.

3 tahun kemudian, ibu dari Korea Selatan itu bertemu semula dengan Nayeon, dalam dunia maya yang dihasilkan untuk dokumentari TV.

Munhwa Broadcasting Corporation berkongsi klip dari dokumentari khas, berjudul "I Met You," di laman YouTubenya, dengan potongan rakaman antara "dunia nyata" dan maya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam babak pertama,, Jang berdiri di hadapan skrin hijau besar sambil memakai alat dengar VR dan apa yang kelihatan seperti sarung tangan haptik.

Dalam babak terakhir, dia dan anak perempuannya bercakap, berpegang tangan, dan juga meraikan pesta ulang tahun lengkap dengan kek yang dinyalakan lilin.

Seperti yang anda boleh jangkakan, pertemuan semula menggunakan VR itu tersangat beremosi.

nayeon

(Nayeon meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dapat diubati)

Jang kelihatan mula menangis sebaik sahaja dia melihat Nayeon maya, sementara seluruh ahli keluarga termasuklah bapa, abang, dan kakak Nayeon menyaksikan pertemuan semula itu dengan ekspresi muram dan air mata mengalir.

"Mungkin ia adalah syurga sebenar. Saya bertemu dengan Nayeon, yang memanggil saya dengan senyuman untuk tempoh yang singkat, tetapi ia masa yang sangat menggembirakan. Saya rasa saya sudah alami mimpin yang saya sangat inginkan," kata Jang Ji-sung.

Menurut Aju Business Daily, pasukan produksi menghabiskan lapan bulan untuk projek itu.

Mereka merancang taman maya itu selepas Jang dan anak perempuannya itu telah melawat taman tersebut di dunia nyata, dan menggunakan teknologi menangkap gerakan untuk merakam pergerakan seorang pelakon kanak-kanak yang kemudiannya boleh digunakan sebagai model untuk Nayeon maya mereka.

Apa yang kita tahu adalah proses ini mungkin tidaklah mudah dan hasil akhirnya mungkin tidak begitu sempurna, tetapi kita kini mempunyai teknologi untuk menghasilkan semula mereka yang telah meninggal dunia dalam VR, yang cukup meyakinkan sehinggakan dapat membuatkan orang tersayang menangis.

Dan kesannya adalah sangat mustahil untuk diramalkan.

Mungkin seluruh pasukan terdiri daripada pakar diperlukan untuk menghasilkan "I Met You", betapa jauh jauh dari platform yang membolehkan sesiapa sahaja memuat naik rakaman orang tersayang yang telah meninggal dunia dan berinteraksi dengan versi maya individu tersebut? 

Dan apa kesannya ke atas proses kesedihan itu?

Adakah melihat orang yang tersayang dalam VR dapat membantu seseorang menerima hakikat kematian dan meneruskan kehidupan?

Adakah akan ada orang yang ketagih dengan dunia maya, menghabiskan lebih banyak masa dengannya dan kurang dengan yang nyata?

Dan adakah ia hanya akan terhenti untuk VR sahaja, atau adakah ini adalah langkah pertama untuk android yang direka untuk meniru orang yang tersayang yang telah mati dalam kedua-dua rupa dan keperibadian?

pertemuan semula ibu dan anak yang meninggal dunia melalui vr 2

Beberapa syarikat sedang menetapkan asas untuk masa depan, menyusun data tentang orang yang hidup dan mati supaya mereka boleh membuat "avatar digital" orang-orang itu. Syarikat-syarikat lain sudah membina klon robot orang sebenar.

Walaupun kesan VR ini kelihatan seperti sesuatu yang positif, namun kita perlukan peraturan berkenaan dengannya.

Daripada membiarkan syarikat-syarikat menawarkan peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan versi maya orang tersayang, mungkin kita boleh membuatkan teknologi ini hanya tersedia kepada orang yang telah diluluskan oleh ahli psikologi untuk tujuan perubatan mental.

Rujukan:

1. Futurism

2. Independent

3. Aju Daily




Hakcipta iluminasi.com (2017)