Kanak-kanak kebiasaannya sangat cerewet apabila menyentuh bab makanan. Ramai yang kurang menggemari sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi lebih tertarik dengan makanan kurang berkhasiat seperti jajan dan coklat. Makanan-makanan ini sangat tinggi kandungan garam serta gula yang boleh memberi kesan jangka panjang yang buruk pada si kecil.
Di sini kami ingin berkongsi satu resepi mudah dan lazat yang mengandungi tiga jenis sayur tersembunyi. Tanpa pengetahuan anak-anak, anda bolehlah menyediakan salah satu makanan kegemaran mereka iaitu Mac & Cheese (makaroni dan keju) di samping dapat memberikan nutrien sempurna buat mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
Bahan-bahan
- ½ cawan air
- 2 cawan kubis bunga, dipotong floret kecil
- 2 cawan labu manis (butternut squash), dipotong dadu
- 2 cawan lobak merah, dihiris
- 2 cawan susu segar
- 2 cawan keju cheddar, diparut
- ½ cawan keju krim (cream cheese)
- 500gm makaroni, dimasak sehingga al dente dan ditoskan
Cara-cara
- Masukkan kubis bunga, labu manis dan lobak merah ke dalam periuk bersama air. Gunakan api sederhana dan tutup periuk. Masak sayuran sehingga empuk dan boleh dicucuk mudah dengan garfu.
- Tuang sayuran ke dalam blender atau food processor dan kisar sehingga halus.
- Masukkan kembali sayuran yang telah dikisar ke dalam periuk. Gunakan api sederhana kecil dan tambahkan susu, keju cheddar dan keju krim. Kacau sebati.
- Masukkan makaroni dan gaul rata. Kecilkan api dan tutup periuk selama 20 minit.
Bolehlah dihidangkan!
Psssttt, jangan beritahu anak anda ada sayur dalam mac & cheese ni! Boleh juga tonton video cara memasak di sini:
Video kredit : Tasty