Oleh pada 17 Apr 2017 kategori

gerai pisang goreng mawar

kredit gambar : Mawardi Yunus

Cucur pisang, cucur ubi, cucur cempedak dan cucur jagung merupakan sejenis makanan ataupun kuih muih yang enak di makan ketika waktu petang. Ditambah dengan suasana hujan memang sedap apabila di makan ketika masih panas bersulamkan air teh. 

Kebanyakan dari kita, apabila membuat pisang goreng ataupun cucur ubi ini di rumah, pasti tidak akan menjadi seperti yang kita beli di warung-warung kuih tepi jalan kan? Ini adalah kerana mereka memiliki resepi rahsianya yang tersendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

pisang goreng ranggup

Mungkin ada sesetengah orang menganggap kuih muih seperti pisang goreng ini dicampur dengan plastik agar menjadi lebih rangup dan enak dimakan. Seorang peniaga pisang goreng yang telah kami temubual tempoh hari menjelaskan bahawa beliau tidak menggunakan plastik ataupun penyedut minuman yang dilarutkan kedalam minyak. Tetapi hanya dengan menggunakan kapur memasak.

Ikuti langkah berikut untuk dapatkan adunan atau salutan tepung yang rangup kepada pisang goreng anda :

  • Bancuh tepung menggunakan tepung beras dan air
  • Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau terlalu cair
  • Dapatkan KAPUR SIREH / KAPUR MASAK. RENDAM DALAM AIR. PASTIKAN KAPUR MENDAP KE BAWAH DAHULU. AMBIL AIRNYA SAHAJA. Dalam 1 – 1 1/2 sudu besar dan gaul bersama bancuhan tepung tadi.
  • Elakkan kapur tercampur sekali dengan bancuhan kerana apabila menggoreng, minyak akan jadi berbuih dan meletup-letup.
  • Rendamkan cempedak/pisang/ubi kedalam bancuhan tepung dan sedia untuk digoreng.

Tips : Asingkan biji cempedak sebelum goreng dan rasailah keranggupan cucur cempedak tersebut. Cucur cempedek akan jadi sangat rangup. Pasti anak-anak anda menyukainya

Bagi peniaga yang suka mencampurkan bahan terlarang ke dalam makanan yang dijual. Diharap bertaubat segera. Mungkin kerana anda seorang anak bakal kehilangan ibu bapa dan mungkin kerana anda seorang ibu bakal kehilangan anak. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)