Sebuah dobi menawarkan perkhidmatan cucian percuma sehingga 3 kg dan memberi makanan percuma kepada pelanggan yang datang berdoa di kedai dobi itu sepanjang bulan Ramadhan.

Kedai Dobi Poetri yang terletak di Kelapa Dua, Depok, Jawa Barat itu menerima 'bayaran' doa dari jam 4 petang sehingga 6 petang sebagai ganti untuk perkhidmatan dobi percuma di situ.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut Asep Irawan Hidayat, langkah itu dibuat untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam berdoa pada waktu yang paling mustajab bagi sesiapa sahaja yang ingin meminta kepada Allah SWT.

Selain memberikan perkhidmatan percuma, Kedai Dobi Poetri juga memberikan juadah berbuka puasa kepada pengunjung yang datang berdoa di situ.

Pada bulan Ramadhan tahun lepas, Asep Irawan juga pernah menawarkan perkhidmatan seumpama ini di kedai gunting rambutnya, Raihan Barbershop.

asep irawan raihan barbershop potong rambut percuma baca al quran 825

Ketika itu, mana-mana pelanggan yang membaca Al-Quran ketika sedang menunggu giliran boleh mendapatkan perkhidmatan memotong rambut secara percuma. Bacaan Al-Quran itu pula tidak ditetapkan sama ada satu muka surat ataupun hanya sepotong ayat.

Pelbagai cara orang berlumba-lumba mahu kumpul pahala semasa dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Semoga lebih ramai usahawan tempatan dalam negara kita yang mampu berbuat seperti saudara Asep. Dapat pahala kerana 'memaksa' orang buat kebaikan di samping dapat pahala kerana buat amal jariah.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih diberkati buat semua pembaca Iluminasi. Amin.

Sumber:

1. The Jakarta Post

2. Astro Gempak

3. Kompas




Hakcipta iluminasi.com (2017)