Oleh pada 02 Feb 2017 kategori

the famous nasi kandar pelita 95

Nasi Kandar Pelita adalah antara nama yang cukup sinonim bagi penggemar makanan nasi kandar di Malaysia.

Segalanya bermula pada tahun 1995 apabila tiga orang sahabat, Kirudu Mohamed Kuppaikanni, Kaliq Jamal, dan Datuk D. Murugan (juga dikenali sebagai Ramesh), menjual nasi kandar di sebuah kedai kopi di Chai Leng Park, Prai, Pulau Pinang.

pelita nasi kandar largest indian muslim food chain in malaysia

Setahun berikutnya, dua lagi pihak berkepentingan (stakeholder) Datuk K.K. Sihabutheen, dan Datuk Uswath Khan turut serta. Datuk K.K. Sihabutheen juga merupakan anak Kirudu.

Dari situ Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd mula berkembang sehingga mampu membuka cawangan antarabangsa mereka yang pertama dia Chennai, India. Mereka juga kemudiannya bercambah ke cabang baru perniagaan iaitu hospitaliti.

pelita nasi kandar pertama dibuka 1995 893

Kecaman di media sosial

Semuanya bermula apabila satu keratan akhbar tular (viral) pada 2012. Dalam keratan tersebut, Datuk D. Murugan dilihat bersama Presiden Kongres India Se-Malaysia (MIC) ketika itu, Datuk Seri G. Palanivel melangsungkan upacara pecah tanah kuil Hindu. Walau bagaimanapun, gambar tersebut telah diolah menggambarkan kuil Hindu itu dibina di hadapan sebuah cawangan Pelita.

Keratan tersebut  kemudiannya tular sekali lagi di laman sosial Facebook. Ramai mula mempersoal penglibatan beliau dalam perniagaan di samping ada juga pihak menuduh beliau salah guna keuntungan Pelita untuk tujuan pembinaan kuil tersebut.

pengarah pelita nasi kandar cadang henti perniagaan 873

Dalam satu sesi sidang akhbar, beliau memberitahu bukan sahaja kesemua cawangan Pelita telah mendapat sijil halal, malah syarikatnya juga mempunyai rumah sembelihan ayam sendiri di Juru, Pulau Pinang.

"Restoran kami juga ditutup selama satu jam pada hari Jumaat untuk memberi ruang pekerja-pekerja Muslim beribadat," beliau dipetik berkata.

Dalam kenyataan lain, mufti Pulau Pinang, Dato' Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd Noor memberitahu hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana agama yang dianuti Datuk D. Murugan bukanlah satu isu dalam perniagaan bermajoriti Muslim.

penang mufti pulau pinang dr haji wan salim 561

"Penglibatan Ramesh (Datuk D. Murugan) bukan sahaja tidak bercanggah dengan ajaran Islam, malah ia juga bagus kerana menunjukkan sikap saling membantu rakyat Malaysia yabg berbilang bangsa," tambah mufti Pulau Pinang itu.

Datuk D. Murugan memegang 25 peratus kepentingan dalam Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. dan merupakan satu-satunya pemegang kepentingan yang beragama Hindu. Pelita juga merupakan rangkaian terbesar perniagaan nasi kandar India-Muslim di Malaysia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)