Kredit foto: The Malay Mail Online

Penerbit Upin Dan Ipin, Burhanuddin Md Radzi, 61, menyatakan gaya perbualan watak kembar budak kampung dalam animasi 'Upin dan Ipin' adalah sebagai simbol kepetahan kanak-kanak biasa dan bukannya bersifat kurang ajar seperti yang didakwa. 

Upin Ipin kami buat banyak kajian. Walaupun nampak hanya cerita budak tapi isteri saya sangat prihatin. Semua dialog ada sebab dan mesti ada isi. Kita tak hendak [dialog] kosong. Setiap dialog kalau buat untuk sampaikan mesej prihatin. Dan juga mesti ada nilai hiburan. 

Burhanuddin tampil memberi kenyataan balas berhubung satu status di laman sosial memperkatakan babak perbualan Upin Ipin dengan kakaknya, Kak Ros yang didakwa bersifat kurang ajar dan biadap. 

Status itu dimuatnaik pada 16 Mac lalu dan menerima perkongsian lebih 4,500 kali. 

Bagaimanapun ia hanya meletakkan dialog perbualan Kak Ros, Upin Ipin dan Opah, tetapi tiada spesifikasi babak mana yang dimaksudkan. 

Menurut Burhanuddin lagi, dialog watak dalam animasi tersebut sentiasa diselarikan bersesuaian untuk tontonan kanak-kanak. Malah, skrip yang dihasilkan juga adalah berdasarkan pengalaman peribadi mereka sendiri. 

Cuba beritahu saya, dialog mana yang kurang ajar. Kami ada terlepas pandang tapi dalam bentuk lakonan seperti Upin Ipin jelir lidah pada Kak Ros. Setelah mendapat tindak balas, kami putuskan tidak sesuai. Jangan ulangi lagi. Kita tidak pernah mencarut. Ada yang [fitnah] kata dialog ada sebut ‘babi.’ Suruh mereka tunjukkan. Dialog animasi adalah amat sesuai dengan budak-budak. Bukan senang nak buat. Semua berdasarkan pengalaman. Saya besarkan anak tiada orang gaji. Kami besarkan sendiri. Kami tahu bagaimana kanak-kanak bercakap. Kita sampai sekarang tak buat babak Upin Ipin terjun tangga, terjun sungai semua. Kalau saya cakap mereka (penonton) marah. Kartun lain ada yang lebih teruk. Misalnya untuk episod sempena puasa, kami tidak buat babak Upin Ipin curi-curi makan dan tidak berpuasa. 

penerbit jawab isu upin ipin dikatakan biadap 2

Sumber berita: The Malay Mail Online 




Hakcipta iluminasi.com (2017)