Bukan untuk menakutkan pesakit, namun seseorang pesakit itu perlu mengetahui hakikat sebenar sebelum menandatangani borang persetujuan pembedahan, setelah diperjelaskan oleh doktor yang merawat ketika itu.

Antara komplikasi SERIUS pembedahan caesarean yang JARANG-JARANG berlaku :

  1. Buang rahim secara kecemasan ( emergency hysterectomy) - 7 wanita dalam setiap 1000 kelahiran
  2. Kemasukkan ke dalam wad ICU - 9 wanita dalam 1000 kelahiran
  3. Darah beku di kaki, boleh menyumbat salur darah 16 wanita dalam 10000
  4. Kecederaan pada pundi kencing - 1 dalam 1000
  5. Kecederaan pada salur ureter 3 dalam 10000
  6. Kematian ibu - 1 dalam 12000
  7. Meningkatkan risko mendapat uri bawah dan uri lekat - 8 dalam 1000
  8. Komplikasi pembedahan caesar yang berlaku agak KERAP :
  9. Sakit pada bahagian bawah perut dalam beberapa bulan pertama selepas caesar - 9 dalam 100
  10. Meningkatkan risiko untuk menjalan pembedahan caesarean sekali lagi dalam ikhitiar mencuba bersalin biasa untuk kehamilan berikutnya - 1 dalam 4 wanita
  11. Kemasukkan semula ke hospital - 5 dalam 100
  12. Pendarahan - 5 dalam 1000
  13. Jangkitan kuman - 6 dalam 100
  14. Kecederaan luka pada bayi - 2 dalam 100 kelahiran

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selepas mengetahui kebarangkalian yang bakal berlaku berkaitan pembedahan ini, bukan sahaja bagi ibu yang bakal melahirkan yang perlu bersedia menghadapi pelbagai komplikasi, doktor pun turut sama bersedia.

Namun, ibu atau bapa janganlah berdegil dan tak setuju jika pembedahan ini PERLU DILAKUKAN, kerana tetap perlu dijalankan bagi menyelamatkan nyawa sama ada ibu atau bayi. Pasukan pembedahan akan bersiap sedia dan berhati-hati sehabis baik, namun komplikasi masih tetap ada.

cesarean

Tapi, perlu diingatkan dan diketahui, semakin bertambah bilangan pembedahan ini, semakin tinggi risiko mendapat uri bawah dan uri lekat untuk kehamilan berikutnya. Bukan itu sahaja, malah risiko untuk rahim pesakit dibuang, kemungkinan akibat pendarahan teruk yang boleh menyebabkan kematian atau disebabkan oleh uri lekat juga BERTAMBAH.

Proses membedah manusia bukan macam membedah ikan. Sedangkan pembedahan pertama pun sudah berpeluh-peluh, apatah lagi 2,3,4,5, dan 11 pembedahan.

caesarean

Ya memang kehamilan rezeki Allah bagi, tapi kita mampu merancang berapa besar family yang kita mahukan. Tak guna kalau anaknya ramai, pembedahan caesar berulang-ulang kali, ibu mengalami komplikasi dari pembedahan caesar untuk sepanjang hayat ibu itu.

Jika doktor membenarkan lagi untuk seseorang wanita itu untuk hamil sekali lagi, selepas beberapa pembedahan caesar, saya pasti beliau telah bercerita panjang lebar mengenai apa yg telah saya nyatakan seperti di atas.

komen

Ucapan dari netizen yang mengundang bencana

Fikir dulu sebelum buat apa-apa kenyataan, lebih-lebih lagi jika anda adalah public figure yang mempunyai jutaan followers. Mereka boleh salah anggap dengan membaca statement anda, dan menyebabkan doktor-doktor yang merawat pesakit pening nak memperjelaskan pada pesakit.

Perut isteri bukan seperti perut ikan yang boleh dibedah dan dijahit semula sebanyak 11 kali.

Penulisan :

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak

Pegawai Perubatan

Obstetrik & Ginekologi




Hakcipta iluminasi.com (2017)