Oleh pada 24 Aug 2017 kategori

Anak-anak ibarat selembar kain putih, ibu bapa lah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka. Mereka lahir ke dunia tanpa apa-apa pengetahun dan segala tindakan dan perbuatan mereka adalah berasal daripada ajaran ibu bapa sendiri. Jika ibu bapa bertutur dalam Bahasa Melayu, sudah tentu anak akan berbahasa Melayu. Begitu juga dengan segala perkara.

Namun, kadang-kadang ibu bapa tidak sedar beberapa perkara yang mereka lakukan mampu memberikan kesan negatif kepada tumbesaran minda dan rohani anak-anak. iluminasi.com ingin berkongsi 10 kelakuan negatif anak-anak yang berpunca daripada tindakan ibu bapa sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Jika anak-anak berbohong...

anak bohong

Jika anak-anak anda berbohong, itu bermaksud tindakan anda terlalu tegas atau memberikan hukuman yang sangat keras terhadap kesilapan lalu.

Lumrah kanak-kanak kecil melakukan kesalahan, namun sebagai ibu bapa kita harus bijak untuk menghukum mereka.

Jangan terlalu menekan, sebaliknya menasihati dengan baik dan terangkan akibat yang akan berlaku jika mereka berterusan begitu. Lama-lama mereka akan faham.

2. Jika anak mengganggu kita...

menangis 316

Jika anda sedang melakukan sesuatu dan datang anak-anak dan sengaja mengganggu anda, itu tandanya mereka tidak mendapat perhatian dan sentuhan kasih sayang yang secukupnya.

Kanak-kanak yang cukup kasih sayang biasanya akan lebih bebas melakukan perkara yang mereka suka dan kurang mengganggu kerana mereka tahu mereka akan dapat perhatian daripada ibu bapa bila perlu.

3. Jika anak anda tidak mempunyai keyakinan diri..

Jika anda anda tidak mempunyai keyakinan diri, ini bermaksud anda lebih banyak memberi nasihat dengan cara yang tak betul termasuklah membebel, daripada memberi dorongan dan sokongan.

Dorongan dan sokongan dari ibu bapa merupakan kunci utama untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak kerana ibu bapa merupakan idola mereka. Jika idola mereka sendiri sering mengkritik segala kesalahan, mereka akan berasa rendah diri di hadapan orang luar.

4. Jika anak anda biadab...

anak kurang ajar

Jika anak anda berkelakuan biadab dan kurang ajar, itu bermaksud ibu bapa sendiri atau orang sekeliling yang bersikap begitu dan memperlihatkan kelakuan sebegitu di hadapan mereka.

Segala tindakan ibu bapa akan dicontohi oleh anak-anak, jadi jika bertengkar elakkan daripada menggunakan kata-kata kesat atau bertindak kasar. Jika boleh, jangan bergaduh di hadapan anak-anak.

5. Jika anak masih berasa tidak cukup..

curi

Jika anak anda masih berasa tidak cukup dan mengambil barangan yang bukan kepunyaanya walaupun anda telah memberikan segala benda, itu bermaksud anda tidak memberikan anak-anak anda ruang dan kebebasan untuk memilih.

Kadang-kadang ibu bapa hanya memikirkan apa yang mereka mahu untuk anak-anak dan berasa yang ibu bapa lebih tahu, tanpa bertanya kepada anak-anak apa yang mereka suka dan mahu. Tak semua benda yang kita rasa anak kita perlu dan mahu itu adalah terbaik untuk mereka.

6. Jika anak-anak berasa cemburu..

bersilat

Jika anak-anak berasa cemburu terhadap orang lain, itu bermaksud anda terlalu membanding-bandingkan mereka dengan orang lain.

Pemikiran anak-anak tidak seluas kita dan jika anda selalu membandingkan mereka dengan orang lain, mereka hanya akan fikir anda lebihkan orang lain dan tak sayangkan mereka, padahal anda tidak bermaksud begitu.

7. Jika anak anda menjadi penakut...

anak takut

Jika anda anda menjadi penakut itu bermaksud anda terlalu cepat membantu mereka di saat mereka melalui cabaran atau kesukaran.

Kadang-kadang perkara itu tidaklah seteruk seperti yang disangkakan tetapi apabila ibu bapa terlalu berlebihan dalam melindungi anak-anak, mereka akan berfikir bahawa perkara itu sangat menakutkan yang membuatkan mereka menjadi penakut.

Biarkan mereka berhadapan dengan cabaran itu dan berikan mereka semangat, supaya mereka boleh berhadapan dengan situasi tersebut nanti.

8. Jika anak anda tidak menghormati orang lain..

kanak kanak nakal

Jika anak-anak tidak menghormati orang lain, itu bermaksud kita sendiri yang mengajar mereka begitu. Ibu bapa yang selalu memerintah dan mengarah anak-anak seperti seorang boss tanpa memikirkan perasaan mereka akan melahirkan anak-anak yang tidak akan mementingkan perasaan orang lain juga.

9. Jika anak anda mudah marah...

anak marah

Jika anak-anak mudah marah, ia bermaksud bahawa anda tidak cukup memuji dan menghargai apabila mereka berkelakuan baik. Anda perlu peka akan setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak, dan jika ia patut dipuji, lontarkan pujian supaya mereka rasa dihargai.

Jika mereka rasa tidak dihargai, mereka akan mudah buat perangai kerana mereka tahu mereka akan dapat perhatian ibu bapa jika melakukan perkara negatif.

10. Jika anak anda menjadi seorang perahsia..

Jika anak-anak anda menjadi seorang yang perahsia dan pendiam, itu bermakna anda sering membesarkan perkara yang menyentuh tentang diri mereka.

Tindakan ini hanya akan membuatkan mereka berasa rendah diri dan tidak mahu lagi berkongsi apa sahaja yang berlaku terhadap mereka kerana mereka tahu anda hanya akan meremehkan atau tidak memberi sokongan kepada mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)