Teknologi sering dipersalahkan kerana memusnahkan pekerjaan tradisional dalam sektor seperti pembuatan dan peruncitan.

Namun, kerja dalam kategori buruh kasar atau dengan gelaran kolar biru ini bukan satu-satunya yang berada dalam risiko akibat kecanggihan teknologi masa kini.

peguam bakal digantikan dengan robot 734

BESARKAN TEKS     A-  A+

Profesi perundangan yang merupakan terikat dengan tradisi yang berada dalam kategori buruh beart juga berada di puncak transformasi di mana platform kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) sedang mempengaruhi dramatik terhadap bagaimana kerja perundangan dilakukan.

Peningkatan terhadap penggunaan peralatan secara automatik dalam industri undang-undang menjanjikan peningkatan kecekapan dan mampu menjimatkan wang pelanggan.

Namun, ia juga memberikan impak negatif dengan mengurangkan tenaga pekerja dalam sektor ini disebabkan oleh teknologi pada hari ini diberikan tanggungjawab untuk menjalankan tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh manusia.

ai menggantikan manusia

Walaubagaimanapun, golongan yang menyokong AI memberikan pendapat bahawa sebenarnya terdapat kenaikan tenaga kerja dalam sektor ini memandangkan teknologi mengurangkan kos sekaligus menjadikan perkhidmatan undang-undang lebih murah kepada orang ramai.

"Ia seperti permulaan kepada permulaan, kepada permulaan. Ketika ini, saya rasa, perundangan berada di tempat di mana industri-industri lain berada 10 dan 15 tahun yang lalu" kata Noory Bechor, CEO LawGeex, peneraju platform yang dikuasakan oleh AI dalam semakan kontrak undang-undang.

Menggantikan dalam kerja remeh dan membosankan

kerja remeh dan membosankan dilakukan oleh ai

Peralihan oleh Noory daripada menggunakan peguam kepada AI merupakan hasil daripada pengalamannya sendiri bekerja dalam sebuah firma perundangan yang besar di Israel.

Menurutnya, beliau melakukan kerja kontrak untuk syarikat-syarikat kecil serta untuk para pelabur dan syarikat antarabangsa.

Kerja-kerja yang dilakukan hanya memerlukan sedikit kemahiran dan kerap kalinya secara mekanikal.

"Saya merasakan kesakitannya, setiap hari bekerja dengan tempoh yang sangat panjang," jelas Noory.

Namun, beliau juga mula menyedari ketika menyemak banyak kontrak, bahawa beliau menjadi semakin mahir dalam melakukan kerja-kerja yang remeh.

Kerja-kerja tersebut membuatkan beliau tahu selok-belok dan apa yang perlu ada atau tidak dalam sesebuah kontrak. Ia membuatkan Noory yakin bahawa sebahagian besar daripada kerja tersebut boleh dilakukan oleh robot.

ai kini semakin canggih

Platform LawGeex boleh menerima kontrak baru yang tak pernah dilihat sebelum ini, membacanya dan membandingkannya dengan pangkalan maklumat untuk setiap kontrak yang serupa yang pernah disemak sebelum ini.

Seperti platform AI yang lain, LawGeex juga mempelajari daripada setiap semakan yang dilakukan, sama seperti Noory dan manusia lain dalam sektor ini belajar ketika menjadi seorang peguam satu ketika dahulu.

Adakah mesin bekerja dengan lebih baik daripada manusia?

Satu soalan yang dibangkitkan oleh pengenalan platform undang-undang AI adalah betapa hebat mereka (AI) melakukan pekerjaan mereka dibandingkan dengan seorang peguam manusia yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun.

Adakah mesin-mesin ini akan terlepas pandang perkara-perkara yang mana tidak akan berlaku jika dilakukan oleh peguam dengan pengalaman yang banyak?

jay leib dari nexlp

(Jay Leib, pengasas NexLP)

Para penyokong platform AI mengatakan ia tidak akan berlaku, termasuk Jay Leib, pengasas dan ahli pengurusan NexLP, platform AI yang mencari dokumen maklumat yang berkaitan dengan tindakan undang-undang dan litigasi lain.

"Adakah ia (AI) boleh terlepas pandang sesuatu? Sudah tentu. Namun sejak 1985, kita mengetahui bahawa manusia tidak begitu mahir dalam pencarian kata kunci. Terdapat salah faham bahawa manusia meneliti dokumen sebagai satu standard yang hebat. Ia tidak benar. Manusia kerap kali terlepas pandang," kata Jay Leib.

Jay juga berkata lambakan jumlah maklumat elektronik yang dijana hari ini menjadikan ia sangat sukar bagi pekerja manusia untuk mengikut rentak.

Beliau berkata NexLP bukan sekadar meneliti teks pada dokumen atau email, tetapi ia juga melihat kepada tona perbualan dan siapa yang menghantarnya bagi melihat jika item tersebut harus ditandakan untuk semakan undang-undang.

Malah, Jay juga memberitahu bahawa komputer tidak letih, tidak makan dan juga tidak tidur.

Semua perkara ini merupakan masalah biologi yang boleh berlaku terhadap manusia, tetapi tidak kepada komputer.

Firma perundangan besar mula menurut langkah

ross intelligence

Sektor undang-undang sangat perlahan dari segi perubahan, sama ada dari segi teknologi atau sebaliknya. Namun, perubahan ini berlaku kerana firma-firma terutamanya firma besar mula melihat kelebihan yang dibawa oleh AI.

ROSS Intelligence menjadikan platform penyelidikan undang-undang berdasarkan sistem pengkomputeran kognitif IBM Watson, yang digunakan oleh beberapa firma undang-undang terbesar di dunia, termasuk Dentons, serta Latham & Watkins.

Andrew Arrude, CEO dan pengasas bersama ROSS Intelligence berkata syarikatnya bekerjasama dengan peguam-peguam dari setiap jenis organisasi, in-house, besar, sederhana, kecil, solo dan juga kolej perundangan dan persatuan bar.

Beliau sedar bahawa platform baru dalam syarikatnya ini telah menjimatkan 20 hingga 30 jam masa penyelidikan untuk setiap kes, bagi para pelanggannya.

andrew arrude pengasas ross intelligence

(Andrew Arrude, pengasas bersama ROSS Intelligence)

Jay Leib dari NexLP pula menyatakan kira-kira 70% daripada kos pencarian, iaitu proses pertukaran maklumat yang berkaitan dengan kes atau semakan merupakan kos manusia.

"Jika kita boleh mengurangkan 70% itu kepada 2%, kita akan dapat melihat penjimatan kos yang sangat dramatik," kata Jay.

Jay juga percaya bahawa mereka yang akan menentukan betapa cepatnya firma-firma guaman akan menggunakan khidmat AI adalah para pelanggan dan bukannya rakan kongsi firma itu sendiri.

Apabila ditanya bila beliau berasakan bahawa AI akan digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam industri perundangan, Jay menjawab di antara tahun 2020 dan 2025.

Noory Bechor dari LawGeex pula memberitahu bahawa kekurangan penggunaan AI ketika ini oleh firma undang-undang memberikan kesan terhadap pengekalan harga yang tinggi dalam sektor undang-undang masa kini.

noory bechor pengasas lawgeex

(Noor Bechor, pengasas LawGeex)

"Terdapat kesan oleh ketidakcekapan ini. Perundangan ketika ini dianggap sebagai produk premium yang mana tak ramai orang dan usahawan mampu menggunakannya," jelas Noory.

Dan jika penyelesaian AI menjadi berleluasa, firma undang-undang mungkin akan mengurangkan kakitangan manusia.

Laporan Deloitte Insight yang dikeluarkan pada 2016 mengatakan bahawa "pembaharuan yang mendalam" akan berlaku dalam sektor undang-undang dalam dekad yang akan datang.

Laporan ini menganggarkan bahawa hampir 40% pekerjaan dalam sektor boleh menjadi automatik (diambil alih oleh AI) dalam jangka panjang.

Kertas kerja Universiti Oxford 2013, yang bertajuk "Masa Depan Pekerjaan: Bagaimana Terdedahnya Pekerjaan Terhadap Pengkomputeran?" pula mencadangkan bahawa pekerja peringkat rendah di firma undang-undang lebih cenderung untuk merasakan kesan pengurangan pekerja akibat teknologi AI, sekurang-kurangnya dalam jangka terdekat




Hakcipta iluminasi.com (2017)