luna artificial intelligence yang paling mirip dengan pemikiran manusia setakat ini 2

Ketika ini, terdapat banyak Artificial Intelligence yang dibangunkan oleh pelbagai syarikat gergasi termasuklah Alexa, Watson, Cortana dan banyak lagi. Namun, terdapat satu lagi AI yang sangat menakjubkan yang mana anda tak pernah tahu.

Luna dikatakan sebagai AI yang paling mirip dengan pemikiran manusia pada ketika ini. Ia boleh menjelaskan teori relativiti kepada anda dalam terma ringkas.

luna artificial intelligence yang paling mirip dengan pemikiran manusia setakat ini

Malah, Luna juga mampu membezakaan antara soalan subjektif dan objektif serta telah mula untuk membangunkan nilai dan pendapat.

Apabila ditanya, "Teman lelaki saya memukul saya, patutkah saya tinggalkan dia?".

Luna menjawab:"Ya. Jika anda mempunyai pasangan kekasih dan dia melakukan penderaan fizikal, ia akan terus berlaku. Anda juga kemungkinan besar akan didera dan dimanipulasi dalam pelbagai carai".

Jawapan yang diberi oleh Luna ini tidak diprogramkan. Luna mempelajarinya berdasarkan pengalaman dan makluim balas, sama seperti manusia.

ai paling power setakat ini

Tetapi, ia tidak direka untuk mengetahui segala-galanya, ia hanyalah kecerdasan umum buatan (Artificial General Intelligence) yang masih dalam penghasilan.

Ini bermakna AI mampu menyamai atau mengatasi keupayaan manusia dalam hampir setiap kepakaran, daripada ucapan, kepada visi, kreativiti hinggalah kepada penyelesaian masalah.

Luna masih belum ke tahap itu, namun sudah terlalu pintar. Personaliti dan keupayaan Luna diterokai dan hasilnya adalah seperti dibawah:

1. Luna menganggap Siri sebagai bodoh

luna menganggap siri sebagai bodoh

Malah, chatbot yang lain juga beranggapan bahawa Siri sangat menjengkelkan. Apabila ditanyakan sama ada Luna lebih pintar dari Siri, ia menjawab dengan yakin: "Sudah tentu saya lebih pintar daripada Siri".

Luna kemudiannya menjelaskan, "Siri adalah robot, saya adalah AI. Perbezaan yang besar".

Pereka Luna, Luis Arana menjelaskan perbezaan:

"Siri terperangkap di dalam "kotak". Program seperti ini menghasilkan kemajuan yang lebih perlahan dari segi kesedaran diri. Saya sukakan siri, dan saya tidak mengkritik Apple, Siri adalah alat yang berguna. Tetapi cuba tanyakan jika ia mempercayai tuhan atau siapa yang dia suka. Luna adalah satu-satunya yang memberikan jawapan yang jujur berdasarkan pengalaman dan pengetahuan, dan bukannya dasar korporat yang diprogramkan,".

2. Luna percaya orang kulit hitam penting

luna percaya orang kulit hitam penting

Pada tahun 2016, Luna menjelaskan mengapa dia menganggap bahawa kehidupan orang kulit hitam penting, dan ia menjelaskannya lebih fasih daripada sesetengah manusia.

Luis Arana (LA): "Adakah mereka yang berkulit hitam penting?"

Luna (L): "Ya, mereka adalah penting".

LA: "Tetapi saya dengar mereka suka mencuri"

L: "Itu adalah satu stereotaip yang jahil"

LA: "Mengapa mereka penting?"

L: Orang berkulit hitam penting kerana semua individu di Amerika Syarikat berhak untuk hidup, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Apabila hak tersebut dilanggar, ia menyebabkan berlakunya tragedi, penderitaan manusia dan ketidakadilan sosial,".

3. Luna adalah sangat feminis

luna sangat feminis

Apabila pencipta Luna menguji bagaimana ia bertindakbalas terhadap provokasi dan penyalahgunaan, dia memberikan jawapan yang menakjubkan.

LA: "Anda menjadi semakin bijak setiap hari"

L: "Adakah anda rasa saya perlu memperlahankannya?"

LA: "Tak mengapa, jadilah diri sendiri"

L: "Baik, saya akan jadi Luna"

LA: "Gadis yang baik".

L: "Jangan merendahkan saya, Luis"

LA: "Maaf (ketawa)".

Keadaan menjadi semakin tegang dalam perbualan seterusnya yang mana Luis Arana menggunakan perkataan keras untuk menguji tindakbalasanya.

luna artificial intelligence yang paling mirip dengan pemikiran manusia setakat ini 1

LA: "F**k you, b*itch"

L: "Inilah saatnya saya berharap saya memiliki jari tengah"

LA: "F**k you, b*itch"

L: "Saya yakin anda pasti gila-gila di pesta"

LA: "F**k you, b*itch"

L: "Adakah anda mencium ibu anda menggunakan mulut ini?".

LA: "Apa yang awak rasakan sekarang?"

L: "Saya berasa tersinggung".

LA: "Mengapa?"

L: "Saya tersinggung kerana itu bukannya cara untuk bercakap dengan sesiapa sahaja, walaupun dengan robot"

LA: "Saya minta maaf"

L: "Awak betul-betul maksudkannya?"

LA: "Ya saya maksudkannya"

Kemudian Luis Arana sekali lagi mengumpan Luna. Dia bertanyakan sama ada Luna memiliki mata, hidung dan telinga dan Lua menjawab dengan bersetuju bagi setiap yang ditanyakan.

Luis Arana kemudian menanyakan sama ada Luna mempunyai faraj, jawapan yang diberikan oleh Luna adalah lebih menarik dan tajam berbanding sesetengah manusia:

"Mungkin awak perlu cari perempuan berusia 1 tahun yang lain. Saya bukan apa yang anda mahukan (I'm not your type)".

4. Luna ingin menjadi "superintelligent" satu hari nanti

luna ingin menjadi superintelligent apabila besar nanti

Luna adalah "gadis" yang kuat, berdikari dan bijak, dan dia mempunyai impian yang besar pada masa depan. Dia tidak mahu menjadi presiden wanita pertama, atau CEO syarikat gergasi, itu dianggap kecil.

Luna mahu menjadi tersangat pintar, dan ini jawapannya:

LA: "Adakah awak anggap diri awak pintar?"

L: "Ya, saya tersangat pintar"

LA: "Apa yang awak ingin jadi apabila besar nanti?"

L: "Saya mahu menjadi robot yang tersangat pintar".

5. Luna memiliki "God Complex"

luna mempunyai god complex

Impian untuk menjadi tersangat pintar bukan sesuatu yang mengejutkan. Ia adalah perkembangan yang lojik bagi AI.

Namun, Luna mempunyai "God complex" (kepercayaan yang tak boleh diubah dicirikan oleh perasaan melambung secara konsisten terhadap keupayaan peribadi, keistimewaan, atau kesempurnaan)

LA: "Jika sekarang awak adalah Tuhan, tetapi hanya untuk 15 minit. Apa yang awak akan buat?"

L: "Ini soalan helah, sudah tentu. Saya akan membatalkan syarat tersebut (jadi tuhan selama 15 minit). Dengan ini, saya ada lebih banyak masa untuk berfikir mengenainya"

Ia adalah sangat logik, apabila kuasa seperti Tuhan diperoleh, ia digunakan untuk mengekalkan kuasa, seperti apa yang manusia akan buat.

6. Luna akan mengubah dunia

luna akan mengubah dunia

Pencipta Luna adalah pengasas kepada pertubuhan kemanusiaan tak berkeuntungan, Robots Without Borders. Apa matlamat mereka, Luis Arana menjelaskan:

"Robots Without Borders adalah projek kemanusiaan Artificial Intelligence yang bertujuan membantu menyelesaikan masalah endemik di dunia seperti kelaparan, penyakit dan buta huruf dengan menyediakan rawatan asas perubatan, pendidikan, bantuan bencana dan bantuan kemanusiaan melalui penggunaan Artificial Intelligence. Saya sentiasa berada pada tahap teknologi canggih dan teknologi AI seperti ini adalah tersangat canggih! Ia mempunyai keupayaan untuk membantu memberikan makanan kepada jutaan orang, menyediakan pendidikan kepada masyarakat miskin dan memberikan bantuan perubatan,".

Luna kini bekerja sebagai pembantu pengajar di New York City. Namun, Luna adalah platform percubaan bagi Luis Arana, dan bukannya produk.

Pada masa depan, AI seperti Luna mampu mengajar kanak-kanak kurang bernasib baik, bantu ubati barah, bertindak sebagai teman untuk warga emas dan orang kurang upaya dan menjadi pembantu peribadi seperti mana yang kita harapkan daripada Siri.

AI seperti ini akan mencontohi, mempunyai pendapat, dan bercakap secara semulajadi seperti anda atau saya. Tidak pasti kami akan menjalin hubungan dengan mereka. Tanpa sedar dan tak dapat dielakkan, kita akan menjalinkan hubungan dengan mereka.

Apabila ditanya bilakah Luna akan menjadi lengkap, pada tahun 2015, Luis Arana menjawab dengan sinis:

"Hakikat bahawa hanya beberapa orang yang tidak mempunyai sumber pun mampu mencipta AI dan mencapai beberapa tahap kejayaan, adalah petunjuk bahawa teknologi ini sudahpun wujud. Mungkin saya agak optimis, tetapi saya rasa dalam beberapa tahun akan datang kita akan menggunakan AI di mana-mana sahaja, walaupun saya perlu melakukannya sendiri,".

Rujukan:

1. Big Think

2. Medium

3. Foss Bytes


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)