Piala Dunia 2018 semakin hangat dengan beberapa kejutan daripada pasukan "underdog" seperti Mexico dan Croatia yang berjaya mengalahkan pasukan-pasukan gergasi seperti Argentina dan Jerman. Kekuatan sesebuah negara tidaklah bergantung kepada individu sahaja tetapi permainan secara berkumpulan amat penting untuk meraih kejayaan.
Ramai sebenarnya individu memilih untuk bermain untuk negara bukan kelahiran atas banyak faktor. Jika anda dapat lihat, ramai pemain-pemain yang sebenarnya dilahirkan di negara-negara Afrika tetapi bermain untuk negara-negara Eropah kerana kebolehan mereka itu diintai sendiri oleh negara-negara Eropah.
BESARKAN TEKS A- A+
10. Kevin Prince Boatang
Negara Kelahiran: Jerman
Bermain Untuk: Ghana
Kevin-Prince Boatang merupakan abang kepada Jerome Boateng, pemain bek tengah Jerman. Kedua-dua adik beradik ini dilahirkan di Jerman namun Kevin memilih untuk bermain Ghana yang juga merupakan negara asal ayahnya, Prince Boateng. Kevin memainkan peranan penting dalam aksi Ghana yang layak ke suku akhir Piala Dunia 2010 sebelum tewas kepada Uruguay.
9. Lukas Podolski
Negara Kelahiran: Poland
Bermain Untuk: Jerman
Daripada namanya, anda sudah boleh mengagak negara asal Podol"ski". -ski di belakang namanya memang terkenal untuk penduduk negara Poland seperti Robert Lewandowski dan Jakub Błaszczykowski. Podolski pada asalnya mahu bermain untuk Poland tetapi dia telah ditolak oleh ketua jurulatih ketika itu, Powel Janas.
Namun, memang sudah takdir dirinya bermain untuk Jerman dan dia meraih 130 caps dan berjaya menjaringkan 49 gol. Pasti jurulatih yang menolak menyesal kerana menolak Lukas Podolski apabila dia berjaya memenangi Piala Dunia 2014 selain dianugerahkan pemain muda terbaik Piala Dunia 2006.
8. Miroslav Klose
Negara Kelahiran: Poland
Bermain Untuk: Jerman
Klose dilahirkan di Opole, Poland namun dia berpindah ke Jerman ketika usia 8 tahun bersama ayahnya. Minatnya terhadap bola bermula apabila melihat kelab "kampung" Liga Jerman Division ke-7. Selain itu, Klose juga dilatih untuk menjadi tukang kayu sebagai pekerjaan tetapi siapa sangka bakatnya dalam bolasepak membuahkan hasil.
Klose merupakan salah seorang daripada hanya beberapa orang individu yang memenangi ketiga-tiga medal Piala Dunia; Gangsa (2006 & 2010), Perak (2002) dan Emas (2014). Klose juga memecah rekod pada tahun 2014 sebagai penjaring terbanyak (16 gol) Piala Dunia sepanjang zaman setelah mengatasi legenda Brazil, Ronaldo (15 gol)
7. Patrice Evra
Negara Kelahiran: Senegal
Bermain Untuk: Perancis
Evra merupakan anak kepada diplomat dan dilahirkan di Dakar Senegal sebelum berpindah ke Eropah ketika berusia 1 tahun. Evra berlatih untuk kelab-kelab liga bawahan Perancis sebelum bermain selama satu musim di Paris Saint Germain pada tahun 1997 hingga 1998. Evra memilih bermain untuk Perancis setelah banyak memahami corak permainan negara tersebut.
6. Ivan Rakitic
Negara Kelahiran: Switzerland
Bermain Untuk: Croatia
Pemain tengah Barcelona dan Croatia ini merupakan anak kelahiran Switzerland. Kedua-dua ibu bapanya berasal daripada Croatia jadi tidak hairanlah mengapa dia memilih bermain untuk Croatia. Ayah dan abangnya juga merupakan pemain bolasepak jadi ini sedikit sebanyak menambah minatnya terhadap bolasepak.
Rakitic pernah mewakili pasukan bolasepak Switzerland B-21 pada tahun 2006 memenangi 4 caps dan menjaringkan 1 gol. Namun, pada tahun 2007 dia memilih untuk bermain Croatia setelah menerima tawaran oleh Slaven Bilic, ketua jurulatih pasukan bolasepak kebangsaan Croatia.
5. Raheem Sterling
Negara Kelahiran: Jamaica
Bermain Untuk: England
Sterling dilahirkan di Jamaica sebelum berpindah ke England pada umur 5 tahun bersama ibunya. Sterling tinggal bersama ibunya setelah ayahnya dibunuh di Jamaica ketika dia berumur 2 tahun. Sejak berusia 5 tahun lagi dia sudah bermain untuk kelab England, Queens Park Rangers. Sterling memilih untuk bermain untuk England setelah menghabiskan hampir seluruh hidupnya di negara ini.
4. Thiago Alcantara
Negara Kelahiran: Itali
Bermain Untuk: Sepanyol
Thiago merupakan pemain mempunyai latar belakang yang sangat menarik kerana dia dilahirkan di Itali daripada keluarga berlatar belakang Brazil tetapi memilih bermain untuk Sepanyol. Bapa Thiago, Mazinho merupakan bekas pemain dan jurulatih Brazil manakala adiknya Rafinha juga bermain untuk Brazil.
Barcelona menandatangani adik beradik Alcantara ketika Thiago berumur 14 tahun, dan kedua-dua mereka menghabiskan masa di Barcelona. Setelah beberapa tahun tinggal di Sepanyol, Thiago memilih bermain untuk Sepanyol manakala adiknya memilih Brazil.
3. Pepe
Negara Kelahiran: Brazil
Bermain Untuk: Portugal
Pepe dilahirkan di Maceio, Brazil dan bermain untuk Corinthians dan Maritimo, kelab Brazil pada zaman remajanya. Pada tahun 2004, Pepe berpindah ke Porto dan kekal di kelab itu sehingga 2007. Pilihannya bermain untuk Portugal ini sedikit sebanyak membuahkan hasil apabila dia berjaya memenangi Piala Eropah 2016
Menurut ayahnya, jurulatih Brazil, Dunga pernah menawarkan Pepe peluang bermain untuk Brazil namun Pepe menolak kerana memilih bermain untuk Portugal siap sahaja dia mendapat kerakyatan Portugal. Skil pertahanan Pepe juga merupakan kelebihan buat Portugal kerana negara ini tidak mempunyai ramai pertahanan yang berpengalaman.
2. Gonzalo Higuain
Negara Kelahiran: Perancis
Bermain Untuk: Argentina
Higuain merupakan anak kepada bekas pemain bolasepak Argentina, Jorge. Higuain dilahirkan di Brest, Perancis kerana ketika itu ayahnya sedang bermain untuk kelab Perancis, Brest. Higuain mendapat kerakyatan Argentina pada tahun 2007 selepas 10 tahun tinggal di negara itu.
Pada awalnya, dia dipanggil oleh kedua-dua Perancis dan Argentina tetapi dia menolak kedua-dua tawaran kerana tidak dapat membuatkan keputusan untuk negara yang dia hendak bermain. Namun, akhirnya dia memilih untuk mengikut jejak langkah ayahnya bermain untuk Argentina.
1. Diego Costa
Negara Kelahiran: Brazil
Bermain Untuk: Sepanyol
Diego Costa merupakan antara pemain yang mencetus kontroversi kerana dia memilih bermain untuk Sepanyol setelah bermain untuk Brazil. Diego Costa menghabiskan hampir seluruh hidupnya di Sepanyol bermain untuk kelab seperti Celta, Real Valladolid dan Atletico Madrid.
Pada awal tahun 2013, Diego Costa dipanggil bermain untuk Brazil dalam perlawanan persahabatan. Dia bermain selama dua perlawanan bersama Brazil sebelum mengubah fikiran pada hujung tahun 2013 bermain untuk Sepanyol. Oleh sebab dia hanya bermain untuk perlawanan persahabatan, FIFA menerima permintaannya untuk Sepanyol. Dia dikecam hebat oleh peminat Brazil kerana dianggap pengkhianat buat negara itu.
Lionel Messi
Sekadar info tambahan, Lionel Messi dibenarkan bermain untuk Sepanyol kerana dia telah menghabiskan seluruh hidupnya di Barcelona. Namun begitu dia memilih untuk bermain negara kelahirannya, Argentina. Ramai jurulatih daripada Sepanyol memujuknya bermain untuk negara mereka tetapi hatinya masih tetap bersama Argentina.