pasar haiwan eksotik di indonesia didesak tutup

Sumber foto: wa23r.com

Sebuah video di pasar di Tomohon dan Langowan membangkitkan kemarahan ramai terutama pertubuhan pencinta haiwan. Video yang memualkan dan mengerikan itu menunjukkan anjing dan haiwan- haiwan eksotik lain dibunuh dan disalai dengan api untuk menanggalkan bulu.

Kerajaan Indonesia mendapat desakan apabila kumpulan Dog Meat-Free Indonesia berkempen supaya pasar haiwan hidup ditutup. Pasar itu telah menyebabkan ribuan anjing dan Kuching dibunuh setiap minggu.

Haiwan yang dijual secara terbuka di pasar itu adalah seperti monyet, kucing dan keluang antara video yang dapat dirakamkan aktivis.

Terdapat juga rakaman ngeri dalam video bekenaan dimana anjing dipukul hingga mati dan kemudian disalai untuk membuang bulunya.

Manakala pembunuhan anjing- anjing tersebut disaksikan oleh rakan anjing mereka yang dikurung di dalam sangkar sempit.

Dikalangan pelancong, pasar tersebut amat terkenal dan menjadi popular.

Bagaimanapun pasar itu dianggap neraka dan kerajaan Indonesia didesak menghentikan kekejaman itu kata Jurucakap Dog Meat- Free.

“Kami memerlukan seluruh dunia menyertai desakan supaya Indonesia menghentikan penjualan daging anjing dan kucing,” katanya.

Video di bawah menunjukkan keadaan pasar tersebut.

Sumber video: Youtube Believers Weapons

Sumber berita: Harian Metro  


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)