Kredit foto: Twitter.com/opick_tomboati1

Penyanyi lagu berunsur ketuhanan dari seberang, Opick, sekali lagi dilanda kontroversi membabitkan masalah rumah tangganya kerana didakwa mempunyai isteri ketiga.

Sehari setelah isteri keduanya, Wulan Mayasari menemui ajal, Opick didedahkan menjalani prosiding di mahkamah berikutan kes perceraian yang difailkan Dian Rositaningrum selaku isteri pertamanya.

Hal itu muncul apabila pihak media menyoal peguam bela Dian, Roma Ananda, setelah selesai menghadiri prosiding kedua kes perceraian Dian dan Opick di Mahkamah Agama Jakarta Timur, pada Selasa lalu.

Tetapi, Roma tidak menafikan atau mengiyakan pertanyaan berkenaan.

Sebaliknya, dia berkata perkara itu kemungkinan akan dijawab secara terus oleh Dian. Ketika ini, dia berharap semua dapat menghormati pemergian Wulan Mayasari.

 

Sementara itu, Roma turut menjelaskan isi surat kandungan permohonan cerai itu mengandungi pelbagai faktor yang menyebabkan Dian nekad membuat keputusan untuk berpisah dengan Opick.

Sumber berita:

1. myartis.com

2. malaysiandigest.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)