norman hakim dedah nota anak dalam al quran

Anak sulung kepada pelakon Norman Hakim, Mohamed Danish Hakim yang didedahkan menulis nama ahli keluarganya di dalam Al-Quran telah meraih perhatian para netizen yang tersentuh dengan tindakannya itu.

Menerusi Instagram, pemilik nama sebenar Mohamed Norhakim Zaidon (41 tahun) menjelaskan dia menjumpai nota tersebut di muka surat kosong naskah Al-Quran kepunyaan anak lelaki kesayangannya itu.

norman hakim dedah nota anak dalam al quran 1

Semalam masa belek-belek Al-Quran abang @danishhakim_243 sebelum hantar dia balik asrama untuk check mana-mana bahagian ada yang koyak ke untuk dibaiki, jumpa nota ini dalam salah satu muka surat kosong Al-Quran dia.

Hati macam dah teragak untuk tujuan apa nama-nama ini, tapi sekadar tanya dia balik takut salah permahaman .

Tambah Norman lagi, Danish (14 tahun) yang merupakan anak sulung bersama bekas isterinya, Abby Abadi itu menulis nota berkenaan dengan niat untuk berdoa kepada Allah bagi membawa keluarganya bersama ke syurga.

Abang... Senarai nama-nama ini semua untuk apa eh?" Dia Jawab kalaulah abang ada rezeki masuk syurga, abang buat nota ini untuk nak mintak pada Allah untuk kita semua masuk sekali.

Katanya lagi, senarai nama ini dia cakap dia tulis tiga tahun lepas sebelum mama kahwin dengan abah @jaiezzany. Bila abah kahwin dengan mama, baru dimasukkan nama abah, arwah tok abah dan tok mah.

MashaaAllah terima kasih abang @danishhakim_243 ingat pada kami semua. Semoga Allah S.W.T berkati niat abang tu. Aamiin YRA .

Sebelum ini, Danish merupakan antara 10 pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Mekke Kuran Kursu, Isparta serta dijangka bertolak ke sana pada tahun ini.

Untuk info, Norman dikurniakan 2 lagi orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu dengan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim (12 tahun) dan Maria Danisha Hakim (9 tahun).

Sementara itu, Norman turut mempunyai 2 anak hasil perkahwinannya bersama isterinya kini, Memey Suhaiza iaitu Muhammad Darwisz Hakim (4 tahun) dan Muhammad Dikhriz Hakim (2 tahun).

Kredit foto: Instagram.com/normanhakim_786

Sumber berita: mStar Online 


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)