Oleh pada 07 Sep 2017 kategori

Kredit foto asal: Instagram.com/nizenayobshootersfc

Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob (32 tahun) mendedahkan dirinya terkena sihir setelah didapati terdapat rangka gigi manusia dan paku karat di dalam kepalanya.

Aktor yang mempunyai pertalian darah dengan Allahyarhamah Seniwati Datin Umi Kalthum dan juga Noorkumalasari itu menjelaskan bahawa keadaan kesihatannya mulai merosot semenjak beberapa bulan yang sudah.

Disebabkan itu, saya membuat keputusan untuk memperlahankan kerjaya lakonan termasuklah pembabitan dalam drama Gerak Khas yang dibintangi hampir lima tahun lalu meskipun telah sebati dengan diri saya .

Sebagai usaha untuk melawan sakitnya itu, Nizen telah mengambil ikhtiar untuk berubat secara tradisional dengan seorang pengamal perubatan beberapa hari lepas sebelum dikejutkan dengan penemuan benda pelik tersebut.

Pakcik itu mengurut-urut dahi saya dengan tangannya secara perlahan-lahan menggunakan sejenis minyak sehingga terhasil kesan seperti sedang menjalani pembedahan kecil lalu dia mengeluarkan rangka gigi manusia dan paku karat.

Memang terkejut walaupun terasa sakit semasa dia melakukan ‘pembedahan’ berkenaan terutama apabila dua objek itu mahu dikeluarkan. Malah kesan luka masih kelihatan sehingga hari ini .

Menurut pelakon yang pernah membintangi drama 'Istikharah Cinta' itu, ini merupakan kali kedua dia melalui kejadian aneh berkenaan dan lebih teruk berbanding sebelum ini.

Disoal tentang punca ianya boleh berlaku, Nizen sendiri buntu tetapi tidak menolak kekurangan diri yang mungkin tidak disedarinya sehingga menimbulkan ketidakpuasanhati sesetengah pihak.

Namun, Nizen meluahkan rasa lega dan syukur kerana kesihatannya kini kembali pulih seperti sediakala. Dia juga berdoa supaya pengamal ilmu hitam yang bertindak menyihirnya itu supaya segera bertaubat.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)