Oleh pada 12 Sep 2017 kategori

Kredit foto asal: Instagram.com/nazimothman

Pasangan selebriti Nazim Othman dan Bella Dally menghadiahkan isterinya dengan sebuah muzik video rasmi lagu 'Kerana Cinta' yang telah dilancarkan pukul 8 malam Ahad lepas menerusi saluran Youtube, Raksasa Record.

Video muzik tersebut adalah bersempena dengan sambutan ulangtahun pertama perkahwinan pasangan itu.

Nazim (33 tahun) menjelaskan muzik video itu merupakan kesinambungan video pra perkahwinan terdahulu yang menunjukkan jalan cerita pasang surut kehidupan rumahtangga mereka sepanjang tempoh setahun yang lalu.

Penggambaran muzik video ini dijalankan pada Mei lalu di Cappadocia, Istanbul. Keseluruhan jalan cerita adalah idea saya mengenai kehidupan rumah tangga kami. Saya memaparkan alam sebagai metafora.


Muka bumi Cappadocia yang berbukit bukau sebagai tanda hidup ini ada turun naik, tetapi kami tetap bersama menempuh alam rumah tangga. Orang kata, laut bergelora boleh ditempuh jika ada kesabaran dalam diri.

Menurut Nazim lagi, lirik dan muzik video lagu nyanyiannya tersebut ditujukan khas buat Bella yang setia di sisinya ketika waktu susah dan senang sebelum perkahwinan mereka lagi.

Saya sengaja memilih tarikh hari ini bagi melancarkan muzik video ini. Apatah lagi hari ini adalah hari bersejarah saya dan Bella apabila disatukan sebagai suami isteri. Bagi saya ini hadiah paling bermakna daripada saya untuknya.

Saya berharap peminat dapat memahami lirik lagu ini dengan kisah Bella yang sentiasa setia bersama saya dari dulu sehingga sekarang.

Sekitar Februari lepas, perkahwinan Nazim dan Bella dilaporkan bermasalah disebabkan tindakan Bella membuang hampir kesemua foto mereka berdua di laman Instagramnya.

Bagaimanapun, Nazim menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan hubungan mereka masih bahagia.

Sumber berita: Harian Metro 




Hakcipta iluminasi.com (2017)