Oleh pada 08 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Nazim Othman

    

Pelakon Nazim Othman mendedahkan tindakannya bersolek seperti wanita dalam sekeping foto dan sebuah video yang dimuat naik di Instagram sekadar memenuhi tuntutan watak.

Nazim, 35, yang ingin mempelbagaikan peranan dalam seni lakonan, berkata, dia mengambil gambar dan rakaman berkenaan sewaktu menjayakan sebuah ujibakat membabitkan karya yang mengangkat kisah kehidupan seorang mak nyah.

“Saya bukan suka-suka bersolek seperti wanita. Orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi, sebagai pelakon, saya terbuka untuk apa saja watak selagi tak jatuh syirik.

“Video dan gambar itu diambil ketika saya menghadiri satu sesi uji bakat untuk sebuah projek drama untuk tayangan iflix. Cerita itu bakal mengetengahkan tema ‘paper doll’. Masih terlalu awal untuk saya memberi butiran lanjut tapi saya sangat teruja untuk sesuatu yang baru.

“Ia bukan watak wanita, tetapi mak nyah yang hidup dengan dua identiti berbeza apabila berada di Kuala Lumpur dan di kampung.

“Saya tak mahu dikenali sebagai pelakon stereotaip yang cuma mampu membawa sesetengah watak saja,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, kiriman gambar yang menjadi perbualan hangat netizen itu sudah mencapai 40,000 tanda suka, berserta 1,500 komen. Manakala videonya pula mencatatkan 320,000 tontonan.

Dalam pada itu, Nazim berkata, dia kini dalam proses menantikan jawapan daripada pihak produksi sama ada ujibakat yang dijalaninya berjaya atau tidak.

    

instagram nazim othman

Kredit foto: Instagram Nazim Othman

     

“Saya memang berharap dan berdoa supaya ia menjadi rezeki saya untuk menambah warna dalam portfolio saya sebagai seorang pelakon.

“Sekurang-kurangnya saya sudah menunjukkan inisiatif awal kepada pihak terbabit. Saya tak ambil mudah apabila mendapat sesuatu tawaran lakonan. Saya komited dengan kerjaya saya,” ujarnya.

    

Sumber berita: 'Bukan saja-saja jadi wanita' - Nazim Othman

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)