perpustakaan terbesar dunia 332

Dalam dunia sekarang yang maju dengan pembangunan teknologi, perpustakaan makin kurang dilawati memandangkan bacaan dalam bentuk digital lebih menjadi pilihan terutamanya dalam kalangan golongan orang muda. Walau bagaimanapun, fungsi perpustakaan masih relevan dalam menyimpan khazanah, manuskrip, jurnal dan buku-buku lama.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi serba sedikit mengenai National Library of China (NLC) iaitu perpustakaan terbesar di Asia. NCL dianggarkan menyimpan kira-kira 36 juta barangan (buku, bahan bercetak dll). Kali ini, pihak iluminasi.com ingin berkongsi pula beberapa buah perpustakaan yang lebih besar daripada NCL yang terdapat di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk makluman pembaca, senarai perpustakaan terbesar di dunia ini disusun mengikut jumlah bahan bacaan yang disimpan di perpustakaan-perpustakaan ini.

5. Perpustakaan Negara Rusia

russian state library 721

Perpustakaan Negara Rusia atau Russian State Library ini terletak di ibu negara Rusia, iaitu Moscow. Pada awalnya perpustakaan ini diberi nama State Library of the USSR (Perpustakaan Negara USSR) daripada tahun 1925 sebelum kemudian dijenamakan semula sebagai Perpustakaan Negara Rusia.

Mengikut anggaran, perpustakaan ini menyimpan kira-kira 44 juta bahan bacaan. Antara faktor yang menyumbang kepada jumlah yang besar ini adalah kerana antara tahun 1922 dan 1991, setiap buku yang diterbitkan di USSR (sebelum kewujudan Rusia) mestilah menyimpan satu salinan buku tersebut di perpustakaan ini.

Jika disusun secara memanjang, rak-rak buku disini adalah sepanjang 275km! Bacaan bacaan disini juga datang daripada pelbagai sumber merangkumi 247 bahasa dimana 29% daripada bahan bacaan disini adalah daripada luar negara.

4. Perpustakaan Awam New York

new york public library

Perpustakaan Awam New York atau New York Public Library yang terletak di Amerika Syarikat ini menduduki tangga keempatan dengan simpanan bahan bacaannya dianggarkan sebanyak 53 juta! Walaubagaimanapun, perpustakaan ini bukanlah yang terbesar di Amerika Syarikat sebaliknya yang ke 2 terbesar di Amerika Syarikat dibelakang Library of Congress.

Perpustakaan ini dibina pada abad ke 19. Menariknya, perpustakaan ini bukanlah milik kerajaan sebaliknya diuruskan oleh beberapa badan bukan kerajaan dan pihak persendirian/swasta.

3. Perpustakaan dan Arkib Kanada

library and archives canada

Perpustakaan dan Arkib Kanada atau Library and Archives Canada (LAC) ini terletak di ibu negara Kanada iaitu Ottawa. LAC adalah sebuah institusi kerajaan Kanada yang ditubuhkan berperanan untuk mendapatkan dan memelihara dokumen-dokumen dan bahan-bahan bacaan penting kerajaan, serta memudahkannya diakses.

Sehingga kini, LAC dianggarkan menyimpan kira-kira 54 juta bahan bacaan. Sejarah LAC bermula dengan penubuhan The Dominion Archives pada tahun 1872 sebagai salah satu cabang dalam Jabatan Pertanian Kanada sebelum ditukar kepada Public Archives of Canada pada tahun 1912. Perpustakaan Negara Kanada (National Library of Canada) kemudian secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1953.

2. Perpustakaan British

british library

Seperti Perpustakaan Negara Rusia, Perpustakaan British atau British Library berperanan untuk menyimpan salinan buku-buku yang diterbitkan di United Kingdom dan Ireland, termasuk juga buku-buku luar negara yang diedarkan di UK. Perpustakaan ini mendapat tajaan daripada Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan (Department for Culture, Media and Sport).

Perpustakaan ini menduduki tangga ke 2 perpustakaan terbesar di dunia dengan koleksi bahan bacaan dianggarkan sebanyak 150 juta! Perpustakaan ini sangagt terkenal sebagai perpustakaan untuk mencari sumber untuk melakukan kajian memandangkan ianya menyimpan banyak buku (cetakan dan digital), manuskrip, jurnal, surat khabar, majalah, rakan bunyi dan lagu, paten, peta dan pelbagai lagi daripada pelbagai sumber.

1. Library of Congress, Amerika Syarikat

library of congress

Menduduki tangga teratas dalam senarai perpustakaan terbesar dunia adalah Library of Congress (LOC) yang terletak di Amerika Syarikat. Perpustakaan ini dianggarkan menyimpan kira-kira  162 juta bahan bacaan. Berlainan daripada Perpustakaan Awam New York, LOC adalah sebuah institusi milik kerajaan Amerika Syarikat.

LOC tidak hanya menyimpan bahan bacaan berbahasa Inggeris sebaliknya ia mempunyai koleksi bahan bacaan daripada 450 buah bahasa di seluruh dunia. Menariknya, setiap tahun 2 per 3 daripada bahan bacaan baru yang ditambah disini bukanlah bahan bacaan berbahasa Inggeris.

Kredit:

  1. Russian State Libary
  2. New York Public Library
  3. Library and Archives Canada
  4. British Library
  5. Library of Congress



Hakcipta iluminasi.com (2017)